Keunggulan Setiap Masa Bersama Coway AIS & Aqila Ishamuddin - Glam Malaysia
Keunggulan Setiap Masa Bersama Coway AIS & Aqila Ishamuddin

Keunggulan Setiap Masa Bersama Coway AIS & Aqila Ishamuddin

Bagi yang mencari kesempurnaan dalam setiap aspek kehidupan tanpa kompromi dari segi kualiti, kemudahan dan estetik, penulen air dengan fungsi pembuatan ais yang sofistikated ini antara strategi baru untuk anda mempertingkatkan gaya hidup yang unggul untuk tahun-tahun yang akan datang bersama Coway AIS!

Merangkul gabungan kemudahan dan kehidupan yang mementingkan kesihatan, kemunculan peralatan rumah telah mencapai tahap baharu dengan pengenalan kepada penulen air yang boleh beraksi sebagai pembuat ais. Sekarang, di mana akses kepada air bersih dan tulen adalah sangat penting, peranti inovatif yang bukan sahaja memastikan penghapusan bahan cemar tetapi juga membawa kemewahan ais yang baru dibuat terus ke kediaman kita. GLAM bersama Aqila Ishamuddin, antara personaliti pertama yang sudah meneroka faedah dan impak transformatif yang menggabungkan penulen air yang membuat ais ke dalam ruang domestik, di mana penghidratan memenuhi kemudahan kehidupan moden miliknya.

“Satu bentuk kemewahan baharu di mana saya kini boleh merasai pengalaman gaya hidup berestetika dengan Coway AIS yang selaras dengan kehidupan berkualiti sekaligus mencapai ekspresi diri premium yang saya inginkan,” – Aqila Ishamuddin

Coway AIS, penulen air dengan fungsi pembuatan ais kini sudah berada di pasaran Malaysia buat kali pertama ini direka untuk anda yang menginginkan kesempurnaan dalam setiap aspek kehidupan tanpa menjejaskan kualiti, kemudahan dan nilai estetika. Khasnya untuk anda yang sentiasa menggemari minuman berais dan air tulen terbaik di rumah. Berita baik untuk anda yang mahukan sebuah penulen air dengan fungsi pembuatan ais yang canggih dan bergaya, serta meningkatkan lagi keanggunan apabila ia di letakkan di atas meja. Selain daripada fungsinya, Coway AIS menggabungkan fungsi dan nilai elegan dengan paparan reka bentuk yang inovatif dan unggul.

See also
Citarasa Premium Marriott Bonvoy Kini Di GrabFood

Keunggulan Setiap Masa Bersama Coway AIS & Aqila Ishamuddin_Coway AIS

Ini alasannya Aqila Ishamuddin terpanggil untuk mencuba sendiri kehebatan Coway AIS. Menurut Aqila, “Dengan jadual yang padat antara menguruskan keluarga dan kerjaya, saya tidak perlu lagi menunggu lama untuk menikmati minuman kegemaran bersama ais pada bila-bila masa yang saya inginkan. Hanya melalui satu sentuhan butang, bentuk kiub ais yang jernih yang berbeza dengan yang lain, menjadikan minuman saya tampak lebih menarik!”

Pengekstrakan ais segera bersama Coway AIS melindungi ais daripada sebarang rasa yang tidak menyenangkan yang dipengaruhi oleh bahan makanan lain di dalam peti sejuk atau mempunyai tekstur yang kasar mahupun tidak sekata. “Air ais yang terhasil dari Coway AIS adalah tulen dan teknologi keluli tahan karat melalui sistem automatik sepenuhnya dan menyimpan ais dalam tangki ais tertutup yang dilengkapi dengan pensterilan UV. Saya tidak lagi gusar akan kualiti ais di mana ia berbau makanan di dalam peti sejuk. Simbol keunggulan ini bakal meningkatkan dan mengubah pengalaman harian saya dengan gabungan gaya dan fungsi hebat yang sangat sempurna,” tambah Aqila lagi.

 

Keunggulan Setiap Masa Bersama Coway AIS & Aqila Ishamuddin

Coway AIS hadir dalam dua pilihan warna yang anggun yakni Porselin Putih dan Kelabu Grafit. Ia juga versatil dan sesuai untuk pelbagai tema dapur. Aqila memilih Kelabu Grafit bagi menghiasi ruang dapur yang tersedia dengan gabungan rona hitam dan putih. Pastinya Kelabu Grafit tampil menonjol di dapur milkinya, tambah lagi dengan panel digital yang menawan dan kemasan matte yang moden lagi mewah! “In terms of aesthetics, it possesses a sleek and modern appearance, standing out as something distinct,” kongsi Aqila dengan bangga. 

See also
Ini 7 Siri Terkini di Netflix Perlu Anda Tonton

Selain itu, Coway AIS direka dengan teliti untuk membekalkan kediamanmu dengan air minuman dan ais yang tulen secara berterusan. Saiz tangki yang diperbesarkan untuk air panas (1.5L), sejuk (1.8L) dan suhu bilik (1.8L) dapat memastikan aliran stabil yang memenuhi keperluan harian anda. Tangki ais yang khas dengan kapasiti untuk menyimpan 0.7kg kiub ais jernih akan disalurkan ke dalam cawan anda dengan tahap kebersihan yang terbaik dan menjamin setiap gelas anda dipenuhi dengan ais yang sempurna.

Keunggulan Setiap Masa Bersama Coway AIS & Aqila Ishamuddin_Coway AIS

Aqila amat menitikberatkan rutin penghidratan harian dengan ais dan air tulen sambil mengekalkan kawalan sepenuhnya. Kala cuaca yang tidak menentu di Malaysia, dengan tetapan “My Cup” yang inovatif, anda boleh menetapkan isipadu pilihan anda, antara 120ml hingga 800ml, bagi meningkatkan pengalaman semasa membancuh minuman atau mengambil air. Lebih menarik, anda boleh mengaktifkan “Eco Mode” untuk penjimatan tenaga, manakala apabila berada dalam persekitaran gelap lebih daripada sepuluh minit, butang LED akan menjadi lebih malap dan menghentikan pemprosesan ais buat sementara waktu dan dengan ketinggian pengekstrakan ergonomik 24cm yang boleh memuatkan kebanyakan gelas, jag serta periuk, Coway AIS menjadikan proses pengambilan air dan ais lebih mudah.

Keunggulan Setiap Masa Bersama Coway AIS & Aqila Ishamuddin_Coway AIS_2


Tahukah anda? Semua penapis Coway AIS adalah diiktiraf Halal dan disahkan oleh Persatuan Kualiti Air (WQA) manakala air yang telah ditulen akan disimpan dalam tangki tertutup bersih yang diperbuat daripada komponen yang diperakui NSF.

 

See also
Jalani Dua Biopsi, Kanser Hugh Jackman Menyerang Kembali?

 

Hari ini Aqila dan keluarga tersayang (dan juga anda) dapat menikmati minuman tanpa sebarang keraguan dengan fungsi “Dual UV Sterilisation” automatik serba baharu daripada 6 langkah sistem penulenan air mensterilkan tangki ais tiga kali sehari manakala saluran air akan disterilkan empat kali sehari untuk membasmi hampir 99.9% bakteria!

Sebagai pengguna Coway sejak diperkenalkan, Aqila sangat berpuas hati dengan ikrar penjagaan berkualiti Coway dan visi mengorak langkah untuk menerokai gaya hidup yang lebih unggul. Kongsi Aqila, “Pakar Coway tidak pernah lalai menjalankan lawatan perkhidmatan penyelenggaraan yang komprehensif setiap dua bulan. Servis merangkumi pembersihan menyeluruh, penukaran penapis dan sokongan teknikal sering memastikan penulen air ais di rumah saya kekal dalam keadaan optimum untuk kehidupan unggul bagi tahun-tahun yang akan datang.”

Pada terasnya, Coway AIS bukan sekadar penulen air kebiasaan, ia melambangkan gaya hidup yang unggul, menawarkan bekalan ais dan air tulen di kediaman anda, dan mudah untuk diharmonikan dengan estetika kediamanmu. Anda juga berpeluang meningkatkan gaya hidup anda dengan melayari hari ini!

Kreatif Nisa’ Halid Pembantu Kreatif & Penata Gaya Amira Faten Nabila Video Editor Syafiq Sazaly Juruvideo Zakwan Taufiq & Azeem Anwar Gambar Aiman Yazid MUA Ezad Ibrahim Rambut Philex Chin Props Zahirah Zulkhairi Pakaian daripada MAJE, Mango (ZALORA) & Rizman Ruzaini

Pautan berkaitan: Sejenak – Item Inovasi Teknologi