Related Stories
GBC Love Wellness: Healing Bunyi di Sages KL
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioDalam dunia yang serba sibuk, ruang untuk berehat dan kembali fokus kepada diri sendiri semakin bernilai. Inilah semangat di sebalik sesi pertama GBC Love Wellness yang berlangsung minggu lalu di lokasi eksklusif Sages KL. Acara ini menghimpunkan ahli-ahli GBC dalam sebuah pengalaman pemulihan diri yang unik, melalui pendekatan sound bath therapy yang dibimbing oleh fasilitator berpengalaman, Sheriza Fazleen.
Sheriza Fazleen, pengasas @surrenderandfeel, ialah seorang pengamal terapi tenaga yang mengkhusus dalam sound bath therapy, yang mana satu kaedah penyembuhan berasaskan getaran bunyi daripada instrumen seperti crystal singing bowls, chimes, dan gong. Beliau membimbing para peserta melalui sesi yang memberi penekanan kepada keseimbangan tenaga dalaman, pelepasan tekanan emosi dan pemulihan spiritual.

Sheriza Fazleen, instruktor sound bath
Sepanjang sesi sound bath therapy tersebut, para peserta dibimbing untuk berbaring dalam keadaan tenang sambil menghayati setiap getaran bunyi yang menyentuh tubuh dan minda. Sheriza turut menggabungkan elemen meditasi dan teknik pernafasan bagi membawa peserta ke dalam keadaan relaksasi yang mendalam. Ramai peserta berkongsi bahawa mereka berasa lebih selesa, damai dan kembali selaras dengan diri selepas sesi berakhir.

Menjadikan sesi sound bath therapy ini lebih istimewa, setiap peserta turut menerima tumbler edisi khas GBC X Montigo yang direka khas untuk gaya hidup aktif dan mindful. Selain itu, mereka juga dibekalkan dengan pelbagai hadiah eksklusif termasuk produk kecantikan daripada Paloma, Philosophy Malaysia, Chloe Parfums dan Clarins, serta produk terapeutik dari Tanamera yang menyokong amalan kesejahteraan harian. Untuk melengkapkan pengalaman, Peaches & Cream KL turut menyediakan makanan dan minuman yang menyihatkan serta menyegarkan selepas sesi healing.
Pemulihan buat tubuh, emosi dan minda dengan sound bath therapy
Sound bath therapy bukan sekadar teknik relaksasi, ia adalah bentuk pemulihan menyeluruh menyentuh tubuh, emosi dan minda. Bagi ahli GBC, pengalaman ini membuka mata tentang pentingnya menyantuni diri dalam dunia yang penuh gangguan dan tekanan.
Sesi sound bath therapy GBC Love Wellness ini menjadi langkah awal kepada siri penjagaan diri yang lebih menyeluruh dan berkesan. Dengan kehadiran tenaga penyembuh seperti Sheriza Fazleen, dan sokongan rakan jenama yang memperkayakan pengalaman, GBC komited untuk terus menyediakan ruang bagi pemulihan, refleksi dan kesedaran diri dalam edisi-edisi seterusnya.
Jom Sertai GBC Love Wellness!
Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!
Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: Impak Sound Bath Untuk Kesihatan Fizikal & Emosi
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

















