Seri Gaya Raya Dengan Tas Tangan Oleh Kate Spade New York
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioSerlahkan gaya Aidilfitri tahun ini dengan koleksi tas tangan musim bunga 2025 oleh Kate Spade New York, tas tangan Deco dan Grace sebagai pelengkap best look raya untuk digayakan.
Kate Spade New York, label yang cukup terkenal dengan rekaan feminin lagi kontemporari, kini memperkenalkan Koleksi Spring 2025 yang memancarkan pesona serta nada ceria. Koleksi yang dihadirkan adalah beg tangan ikonik jenama ini, tas tangan Deco dan Grace yang merupakan tumpuan utama untuk musim ini. Kedua-dua himpunan koleksi membawa keindahan tersendiri, lantas serasi dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Tas Tangan Deco Dan Grace Oleh Kate Spade New York Tampil Memukau Syawal Ini
Tas tangan Deco dari koleksi Spring 2025 menggabungkan ketukangan yang halus serta DNA jenama yang direka bentuk dengan estetika moden, tas tangan yang praktikal lagi bergaya. Beg ini mengusung reka bentuk menarik dengan perincian quilted yang terinspirasi daripada gaya Art Deco, turut menampilkan huruf K yang sebagai simbol jenama. Siluet berbentuk segi empat dengan rantai silang boleh ditukar, menonjolkan kemasan mewah dengan fabrikasi kulit dalam rona coklat, hijau pistachio ais, kelabu gelap dan hitam. Selain itu, turut dihadirkan juga dalam material sulaman lubang pada kulit dan tweed berwarna pastel yang lembut.

Manakala tas tangan Grace pula menjerit elemen minimalis yang menawan. Ia merupakan tas tangan yang menjadi ruji jenama ini sejak sekian lama, namun dikemas kini kepada desain dan siluet yang lebih kontemporari. Pochette yang elegan dan beg bahu bernada timur-barat ini hadir dalam palet warna neutral musim kini seperti kelabu gelap dan krim. Rona pastel seperti ais pistachio juga boleh menjadi pilihan buat penggemar warna lembut. Dengan ketukangan yang teliti, tas tangan Grace menyerlahkan butiran yang cukup clean dengan pemegang bulat yang halus. Lantas, menjadikan tas tangan ini pilihan yang variati dan sesuai digayakan tanpa mengira waktu. Kedua-dua koleksi Deco dan Grace boleh diterokai di butik Kate Spade New York, sebagai sentuhan sempurna dalam menyerikan pada gaya musim perayaan kali ini.

Artikel Berkaitan: Terokai Pop-up Girang Kate Spade New York Fall 2024 Di The Exchange TRX
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
