Most GLAM 2022 : Anna Jobling Muncul Secantik Barbie!
Tahun ini milik merah jambu Barbie dan ramai selebriti bergaya dalam rona ini termasuk Anna Jobling ketika hadir ke Most GLAM 2022.
Mungkin yang tahu secara dasar, merah jambu hanya ada di Valentino. Sebab jenama ini mengeluarkan koleksi berasaskan rona merah jambu. Tetapi, rona feminin ini sudah lama menjadi pilihan label lain. Seperti Acne Studio yang bangga dengan Millenial Pink dimana rona ini digunakan sebagai warna asas jenama tersebut. Juga, siapa boleh menidakkan penangan Barbie jika berbicara tentang rona merah jambu? Ikon feminism ini menjadikan merah jambu sebagai palet utamanya. Baru-baru ini GLAM mengadakan gala Most GLAM 2022 dan mengabadikan rona lembut merah jambu sebagai temanya dan ramainya hadir mengikut tema.
Anna Jobling hadir membawa aura Barbie! Hadir ke Most GLAM 2022 dengan gaya sut, lari dari juita lain yang memilih gaun meleret! Anna Jobling bijak mencuri tumpuan. GLAM kumpulkan juga gaya selebriti luar dan dalam negara yang indah dalam gaya merah jambu. Bukan hanya terhad pada siluet berselera feminin, nuansa maskulin juga ditambah manis dengan simbahan rona lembut ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

