Gucci Meraikan Revolusi & Pemberontakan Jiwa Golongan Muda
Rencana Tajaan GUCCI
[soliloquy id="80606"]
Setiap kali mengeluarkan koleksi pra-luruh mereka, pencinta Gucci pasti di bawa kembara ke merata lokasi seperti Florence, Berlin ke Tokyo hingga Rom. Kini dengan semangat Vive le France rumah fesyen ini membawanya pula ke kota cahaya, Paris.
Perubahan lokasi untuk koleksi Gucci kali ini turut menggandingkan dengan peristiwa bermakna yang melakar sejarah buat orang Perancis yakni pada era 1968 di mana telah berlakunya pemberontakan oleh golongan muda yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti serata Perancis. Selaras dengan semangat perjuangan jiwa muda pada waktu itu, Gucci menempatkan pemberontak muda mereka di serata kampus sebuah universiti sebagai simbol optimis, idealisme dan juga keghairahan yang dizahirkan.
[soliloquy id="80621"]
Setiap ceraian yang ditampilkan menjiwai tema utama yang diinginkan oleh Alessandro Michele untuk koleksi pra-luruh 2018 Gucci kali ini. Sinonim dengan jiwa dan visi Gucci sendiri, koleksi ini menampilkan kreativiti Michele dalam memanipulasikan corak dan rona warna yang tampil menawan di mata sesiapa sahaja. Drama dan inovasi moden jelas terpapar melalui koleksi ini.
Pemberontakan yang dimulakan di Universiti Sorbonne pada bulan Mei itu menampilkan golongan pelajar yang memperjuangkan keinginan mereka untuk perubahan baru demi diri mereka dan negara tercinta. Dengan slogan Liberté, égalité, sexualité, Gucci menyalurkan semangat membara mereka dengan cara yang Gucci tahu; elemen romantik.
Lawati laman rasmi Gucci di Gucci.com atau kunjungi butik mereka di Pavilion, Lot 2.21.00 & 3.23.00 Pavilion Shopping Centre Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur, 55100, Malaysia.
Pilihan Bacaan Seterusnya
5 Destinasi Resort Mewah Di Pulau Malaysia
May 19, 2026
Ini Kamera Poket Paling ‘Chic’ Buat Solo Traveler
May 19, 2026
Kempen Trade-In Samsonite Buat Gaya Jet-Setter!
May 19, 2026
Hijab Ikon: Dolly Dalilah Pilih Wellness Sebagai Self-Love
May 18, 2026
Sentuhan Hollywood Klasik Buat Pertunjukan Dior Cruise 2027
May 18, 2026
Puteri Gunung Ledang The Musical Lebih Daripada Sekadar Comeback
May 18, 2026
Pasangan Selebriti Yang Mengikat Tali Pertunangan 2026
May 18, 2026

