#ApaSiapaDiMana: Baifern Dan Tawan Meraikan Satu Dekad Beg Puzzle
Puzzle 10 Pop-Up di Siam Paragon, Thailand dibuka sehingga 25 Jun bagi meraikan sambutan 10 tahun beg ikonik Loewe ini.
Beg Puzzle pertama kali dipersembahkan pada himpunan musim bunga/panas 2015 koleksi lelaki. Kemudiannya, diteruskan menjadi beg penting buat Loewe dan dipertontonkan pada pentas fesyen musim luruh 2015 wanita. Sejak daripada momen itu, beg Puzzle terus menjadi ikon penting kepada Loewe dan dihasilkan dalam variasi yang berbeza-beza. Setelah 10 tahun dilancarkan, kini Loewe mahu meraikan beg ikonik mereka. Dua pameran telah dirancang yakni di Genesis Art Gallery, Beijing dan Dopeness Art Lab, Taipei. Manakala, pop-up pula bakal terbang ke destinasi global. Di Asia Tenggara, Puzzle 10 Pop-Up singgah ke Siam Paragon, Thailand.
Di Puzzle 10 Pop-Up itu, terhimpun 19 beg yang direka semula berlandaskan idea daripada beg Puzzle yang lepas bersama satu beg Puzzle yang baharu dengan nama Confetti. Semua beg ini lahir dengan idea yang datangnya daripada momen-momen Loewe yang lepas-lepas sepanjang 10 tahun. Beg Confetti adalah versi baharu yang bermain dengan idea daripada himpunan musim luruh 2023 yang mana jenama ini berkolaborasi bersama artis seni asal Itali, Lara Favaretto. Buat beg Puzzle Confetti ini, kertas konfeti digantikan dengan konfeti yang diperbuat menggunakan material kulit.
Pada hari pembukaan Puzzle 10 Pop-Up, Loewe telah menjemput sebilangan selebriti terkenal Thailand dan termasuklah duta global jenama itu sebagai tetamu penting mereka. Dura global mereka, Baifern Pimchanok memilih busana serba merah gelap dan dipadankan bersama beg Puzzle FW15 Runway Re-Edition. Beg ini dalam sorakan warna merah jambu yang pelbagai dan dipadukan bersama kemasan black trimming lantas memberi penegasan pada spektrum warna beg itu. Tay Tawan yang baharu diangkat menjadi duta Loewe pula dalam jaket, kemeja bunga dengan celana denim dan pelengkap gayanya adalah beg Puzzle Edge dalam saiz besar.
Ini adalah gaya bintang bersama beg Puzzle Loewe mereka

Baifern Pimchanok

Tay Tawan

Phuwin Tang

Anne Thongprasom

Ananda Everingham

Junior Panachai

Milk Pansa

Kim Jinwook

Mabel Suchada
Artikel Berkaitan: Dari Loewe Ke Dior: Jonathan Anderson Mulakan Pengembaraan Baru