Kembara Fesyen Kate Spade Melalui Stor Pop-Up Konsep Kreatif
Selebrasi musim luruh Kate Spade New York dengan pembukaan stor pop-up yang menawarkan aktiviti menarik. Dekati sekali koleksi beg tangan Dakota yang baru.
Menampilkan produk-produk terbarunya untuk musim luruh 2023, Kate Spade New York merayakan sekali keluaran koleksi beg tangan Dakota dengan stor pop-up khusus di ruang legar tingkat 2, Pavilion KL tanggal 22 Ogos hingga 27 Ogos 2023, dimeriahkan oleh kehadiran para selebriti dan influencer.

Binaan stor pop-up tampil eksklusif dengan warna hijau kate spade. Menyambut suasana musim baru dengan koleksi segar dan penuh warna, dengan motif dan reka bentuk yang memancarkan kebahagiaan.
Selaras dengan tema koleksi, stor pop-up ini dihiasi dengan warna hijau kate spade, yang kontra dengan grafik jalur hitam dan krim serta motif polka dot. Awal tahun ini, Kate Spade bekerjasama dengan Pantone untuk memperkenalkan warna rasmi hijau kate spade. Warna hijau kate spade merujuk kepada warisan jenama itu, membangkitkan semangat kemungkinan dan keyakinan jenama tersebut yang dikenali sejak 30 tahun lalu.
https://www.instagram.com/reel/CwRYGSBgEZx/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Pengunjung dipersilakan untuk mengeksplorasi serta berbelanja produk terbaru dari koleksi musim luruh, termasuk beg tangan Dakota. Serta aksesori fesyen lain seperti beg kembara, beg tote, dan aksesori kecil-melanjutkan tema fungsi dan kegunaan yang sesuai untuk tampilan stylish dalam kegiatan sehari-sehari.
Dalam rangkaian acara, Kate Spade menerima idea pengembaraan bandar dan detik-detik bermakna yang membawa kepada sesuatu yang menakjubkan. Berakar pada seni dan budaya, serta sentuhan istimewa Kate Spade, koleksi musim ini merepresentasikan kegembiraan berpakaian dengan cita rasa eklektik, penuh warna dan segar.

Setiap rekaan yang terkandung memfokuskan pada elemen reka bentuk warisan dengan aksen geometri, ajnas warna segar dan butiran memikat memberikan semangat baru bagi para penyuka Kate Spade New York untuk merayakan momen-momen setiap hari.
BEG TANGAN DAKOTA
Kate Spade juga menghadirkan koleksi beg tangan Dakota yang unik dan sekaligus menarik untuk dimiliki. Dakota menggabungkan klasik dan kontemporari, mewujudkan jinjingan baru yang akan memikat peminat fesyen di Malaysia. Menampilkan rekaan yang bold yang dipadukan dengan detail tak terduga dan twist baru untuk cerminan timeless. Direka untuk menghidupkan kembali semangat-semangat Kate Spade yang identik dengan selebrasi, gaya yang menginspirasi dan penuh semangat. Beg tangan Dakota boleh didapati secara eksklusif di stor pop-up ini.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.




