Rosalia, Buktikan Fesyen "Flamenco" Tanpa Sempadan - Glam Malaysia
Rosalia, buktikan fesyen tanpa sempadan

Rosalia, Buktikan Fesyen “Flamenco” Tanpa Sempadan

We love Rosalia. Namanya tidaklah sepopular bintang latin yang sedia ada, namun wajahnya mula menjadi rebutan klien fesyen untuk bekerjasama dengannya. Rosalia semakin meningkat naik atas sebab bakat nyanyiannya, lagu-lagu hit juga punya identiti fesyen yang menakjubkan. Tiap kali berada di atas pentas, Rosalia pamerkan ‘look’ yang unik. Hasil kerjasama dengan penata gaya, Pili yang juga bekerja dibawah agensi perundingan imej sama dengan Samantha Burkhart. Kerja-kerja profesional seperti mereka ternyata membuahkan hasil yang cukup mengagumkan.

Sebelum dikenali sebagai wajah baru fesyen, Rosalia memukau dalam barisan ‘look’ yang menonjolkan karakter juga personalitinya sebagai penyanyi genre flamenco. Muziknya bukan ‘mainstream’. Hanya individu-individu yang benar-benar menghargai nilai seni dalam sesuatu pembikinan muzik itu faham akan konsep lagu-lagu flamenco. Namun, dengan Rosalia yang datang dari golongan baru, telah membawa muzik flamenco ke mata dunia. Dunia semakin tahu akan keberadaan muzik tersebut.

Sudah beratus kali melakukan persembahan pentas, kebanyakkan ‘look’ pentas Rosalia tidak pernah gagal. Ada sahaja sesuatu yang ikonik tentangnya. Rosalia juga tidak menyarung bukan sebarang jenama. Kebelakangan ini, Rosalia dirakam memakai rekaan-rekaan ‘high ends’ seperti Mugler, Burberry, Balmain juga everyone’s favourite, Alexander Wang. Kecintaan Rosalia dalam fesyen terbukti melalui keberaniannya berkesperimen dengan fesyen. Yakni menggayakan busana yang ‘out of her comfort zone’. Evolusi fesyen Rosalia bermula sewaktu di memakai dress fringe merah ilham Alexander Wang kala menghadiri acara Grammys 2020. Mujur sempat mencipta satu lagi ‘look’ ikonik karpet merah sebelum krisis pandemik yang melampau.

See also
Dekoratif Seni Tory Burch

Pada satu persembahan pentas, Rosalia memukau sekali lagi dalam busana ciptaan Mugler. Selepas Cardi B, Rosalia pula muncul dalam busana Mugler. Bukan calang-calang selebriti yang boleh mendapat ‘approval’ oleh Mugler. That means, she must be something. Apa yang membuatkan kita rasa teruja tentang Rosalia, selain fesyen ialah muziknya. Album ketiganya hampir siap dan khabarnya bekerjasama dengan barisan pemuzik A-list seperti Arca. Apakah yang bakal Rosalia sajikan dalam album baru? Pun begitu, perihal fesyen pula, tentunya Rosalia akan gayakan penampilan yang menggarap butiran flamenco. Membuktikan sekali lagi, Rosalia tidak lupa akan asal usulnya. Juga telah membawa muzik flamenco ke tahap yang lebih tinggi.

Artikel berkaitan: Irina Shayk, Ratu Fesyen “Lockdown”