Dedikasi Krismas 2020, "Tunnel of Joys" - Glam Malaysia

Dedikasi Krismas 2020, “Tunnel of Joys”

Sempena sambutan perayaan Hari Natal, Diamond & Platinum telah melancarkan koleksi-koleksi terbaharu dengan pelbagai gaya pilihan dan gaya yang cukup menawan untuk dimiliki. Koleksi Tunnel of Joys direka khas oleh pereka barang kemas Diamond & Platinum dan dinspirasikan dengan elemen perayaan Krismas seperti reka bentuk ‘snowflakes’ serta kontra warna yang menyimbolkan kisah-kisah tertentu. Akhir tahun yang terkenal dengan budaya memberi dan menerima, koleksi barang kemas Tunnel of Joys boleh dijadikan opsyen bingkisan.

Inspirasi rekaan Tunnel of Joys mengutip tema kekeluargaan, persahabatan, kepositifan dan kecintaan. Setiap bahagian dan pilihan warna membawa fokus kepada hubungan dan kasih sayang kepada keluarga, ibu bapa, dan sebagainya. Pendek kata, koleksi ini is all about love!

Tunnel of Joys menghimpunkan barang kemas berkualiti tinggi dan sentiasa menitik beratkan kemahuan pasaran sekarang yang dambakan koleksi yang bukan sekadar indah reka bentuknya. Malah ada banyak inspirasi disebaliknya. Koleksi untuk musim perayaan tahun ini terbahagi kepada tiga kategori utama. Circle of Joys, Joy of Life, Joy of Positivity-mempunyai pelbagai rekaan menarik dan semuanya mempunyai rekaan elemen seni reka perayaan Krismas. Koleksi ini digubah daripada emas putih yang dihiasi berlian dan batu permata. Menakrifkan ‘luxury’ dalam konteks fesyen masa kini.

See also
Eka Di FOPE; Gabungan Inovasi Dan Kemewahan

Reka bentuknya kecil, namun punya impak pabila disarung dengan padanan busana mewah. Klasik, praktikal boleh digayakan pada hari-hari biasa. Apatah lagi sekiranya digayakan sewaktu menghadiri majlis makan malam, tentunya fokus adalah pada Koleksi Tunnel of Joys.

tunnel of joys Christmas
CIRCLE OF JOYS
tunnel of joys
JOY OF LIFE
tunnel of joys
JOY OF POSITIVITY

Artikel berkaitan: Aksesori Pilihan Sosialit-Ellyna Effendi