FESTIVE MOOD ON! Keriangan Tahun Baru Bersama H&M dan Adik-Beradik Kuan. - Glam Malaysia
FESTIVE MOOD ON! Keriangan Tahun Baru Bersama H&M dan Adik-Beradik Kuan.

FESTIVE MOOD ON! Keriangan Tahun Baru Bersama H&M dan Adik-Beradik Kuan.

Last minute CNY shopping? Segera ke H&M untuk dapatkan pilihan gaya musim perayaan yang cukup fun dan penuh gaya. Fesyen untuk seisi keluarga!

Koleksi Tahun Baru Lunar H&M 2023, menampilkan trend terkini dan klasik yang disuntik dengan unsur perayaan yang meriah, memberi inspirasi kepada anda untuk meraikan gaya peribadi sempena tahun baharu. Nuansa pastel yang menawan, warna merah terang dan cetakan eklektik yang diilhamkan oleh tahun Arnab terlihat pada seluruh koleksi, membolehkan ekspresi gaya yang unik dalam setiap detik istimewa menjelang musim perayaan. 

Kempen H&M Celebration of Style untuk koleksi musim perayaan Lunar 2023 di Asia Tenggara membawa personaliti berpengaruh masa kini, termasuk pempengaruh dan personaliti fesyen Malaysia iaitu adik-beradik Kuan, Christinna Kuan, Jestinna Kuan, Perry Kuan, Miss World Vietnam 2019, Luong Thuy Linh, penyanyi Vietnam, Song Luan dan pempengaruh kanak-kanak Vietnam, Hehe dari @hehiuwazzup. Bersama-sama merentasi budaya dan ruang dalam perayaan gaya, diri dan kreativiti yang cemerlang, memberi inspirasi kepada semua untuk meraikan gaya peribadi, mengikut cara tersendiri. 

See also
GLAM #GirlSquad: Putri Azalea, Nora Danish, Alia Alizar, Putri Yasmin dan Faralisa Adril

Koleksi H&M wanita khas perayaan Lunar yang cukup fun dan casually-stylish…

Koleksi wanita mengambil pendekatan yang bersahaja untuk musim perayaan, yang mana menggabungkan warna merah dan merah jambu pastel yang serba fun pada bahagian top, gaun dan dress berpotongan klasik. Pelbagai corak bunga menghiasi rekaan tertentu untuk melambangkan kemekaran tahun baru dan keriangan musim bunga. Tahun “Arnab” juga ditampilkan pada rekaan lain seperti pada seluar denim dan skirt, menzahirkan gaya muda dan menyeronokkan berbeza dengan siluet klasik pakaian bertali spageti merah, memberi inspirasi gaya muda dan tafsiran feminin untuk sebarang majlis sepanjang musim perayaan. 

Mungkin sebagai elevansi gaya, untuk riasan pada setiap penampilan, cuba sisir rambut menjadi sanggul tinggi dan membuat ‘statement’ berani dengan pulasan bibir merah cerah.

Dan jangan lupa, terdapat juga koleksi untuk lelaki dan kanak-kanak yang berteraskan warna merah dan cukup playful sebagai lambang kepada gaya musim perayaan yang menyeronokkan.

 

Artikel berkaitan: Meraikan Tahun Arnab Bersama Pilihan Terbaik Clé de Peau Beauté

See also
Koleksi Seluar Jeans Khloé Kardashian Laris di Pasaran