Bekas Pengarah Kreatif Diane von Furstenberg Kembali Berkhidmat

Nathan Jenden Menyertai Diane von Furstenberg Semula Selepas 8 Tahun

Foto Randy Brooke/WireImage

Jenama terkenal Diane von Furstenberg telah kehilangan ketua pegawai kreatif mereka Jonathan Saunders hanya selepas 19 bulan berkhidmat dengan DVF. Kini dengan azam dan visi yang baru, DVF telah memanggil Nathan Jenden yang pernah berkhidmat sebagai bekas pengarah kreatif DVF selama satu dekad sebelum meninggalkan jenama tersebut pada tahun 2011.

 

It is with joy and pride that I look forward to welcoming nathan back at DVF. Nathan is an extremely talented and technically skillful designer who also has a great gift at surrounding himself with young, emerging talent. He totally embraces the DVF woman and the brand enjoyed its greatest commercial success during his tenure,” menurut kenyataan rasmi daripada DVF.

 

Nathan merupakan seorang graduan daripada sekolah berprestij Central Saint Martins dan Royal College of Art di London sebelum dia berkhidmat untuk John Galliano sebagai perantis pereka terkenal itu. Dia kemudian meminjamkan bakatnya kepada Kenzo untuk setahun sebelum dia melebarkan sayapnya di New York dengan Daryl K dan kemudiannya DVF pada tahun 2001.

See also
Dry Shampoo, Tidak Popular Tapi Ada Fungsinya

 

“I want to make great clothes that resonate with women,” ujar Nathan. “I see DVF as being more relevant today than it ever was in its message of self-empowerment while being dynamic and modern. I want to give the DVF girl what she wants, when she wants it, and with the joie de vivre and sense of purpose that epitomizes Diane, DVF the brand and the spirit of women today.”

 

Dengan posisi barunya ini, Nathan akan melaporkan diri kepada Diane dan juga lembaga DVF. Koleksi pertama Nathan untuk DVF bakal dipersembahkan pada bulan depan melalui koleksi Fall/Winter 2018.