fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Priyanka Chopra Jonas Diarah Keluar Dari Salun
NYFW Street Style: Fancy Coats Everywhere
Kecoh Miss Mexico 2025 Dihina, Penganjur Miss Universe Thailand Dikecam Teruk!
Gelombang Influenza 2025: Ini Simptom & Cara Lindungi Diri Sebelum Terlambat
Kate Spade Perkenalkan Duo, Empat Gaya Dalam Satu Beg

Gaun Ikonik Marilyn Monroe Mengalami Kerosakan Selepas Disarung Kim Kardashian

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menurut portal Page Six, akaun Instagram Marilyn Monroe Collection memuat naik foto perbandingan gaun itu yang kini dipamerkan di muzium Ripley’s Hollywood.

Ia dilaporkan mengalami kerosakan ketara di mana beberapa kristal telah tertanggal dan juntaian benang yang longgar pada gaun tersebut jelas kelihatan. Terdapat juga carikan fabrik yang menipis berdekatan bahagian zip.

Walaupun peminat meluahkan kekecewaan melihat Kim menyarung gaun ikonik itu di Met Gala, Muzium Ripley’s Believe It Or Not! sebagai pemilik memberi jaminan sebelum ini bahawa langkah berjaga-jaga telah diambil untuk mengelakkan sebarang kerosakan berlaku.

Kim dilaporkan menyarung peninggalan Monroe itu hanya beberapa minit di karpet merah sebelum menukarnya kepada replika sebaik sahaja tiba di puncak tangga.

 

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse