Generasi Galaxy Buds Pro Baharu - Glam Malaysia

Generasi Galaxy Buds Pro Baharu

Samsung melancarkan koleksi fon telinga premium generasi baharu dalam desain yang moden dan sleek, untuk pengalaman bunyi yang luar biasa.

Berita baik buat peminat Samsung di Malaysia! Gergasi teknologi Korea Selatan ini telah melancarkan koleksi Galaxy Buds Pro generasi terbaharu. Koleksi fon telinga ini menjanjikan pengalaman bunyi yang menyeluruh, kualiti panggilan yang terbaik, ANC yang lebih pintar dan paling utama, desain yang moden dan sleek. Galaxy Buds Pro adalah rekaan fon telinga yang paling premium daripada Samsung hari ini untuk menyempurnakan hari anda, dari segi kerja, hiburan dan segalanya.

“Oleh kerana ramai yang mencari teknologi yang dapat membantu mereka untuk menyesuaikan diri dengan ruitn dan gaya hidup baharu, pasaran untuk fon telinga tanpa wayar telah berkembang dengan pesat, dan expectation pengguna turut meningkat,” menurut President and Head of Mobile Communications Business, Samsung Electronics, TM Roh. Tambahnya, “Dengan Galaxy Buds Pro, kami menghasilkan statement besar dalam rekaan yang kecil, dalam menawarkan pengguna pengalaman tersendiri yang mampu mengubah hari anda menjadi luar biasa.”

See also
Samsung Gear S Di Pentas Minggu Fesyen New York

Antara kelebihan Galaxy Buds Pro ganerasi baharu ini:

1. Pengawalan tahap Control Active Noice Canceling untuk pengalaman bunyi yang menyeluruh.

2. Membawa bunyi studio terus ke telinga anda, dari pembesar suara dua hala dengan bunyi oleh AKG.

3. Selami diri anda dalam bunyi sinematik yang menyeluruh dengan 360 Audio.

4. Alami panggilan yang cukup jelas dengan fungsi sistem tiga-mikrofon yang tinggi.

Galaxy Buds Pro hadir dalam tiga warna yang menawan, iaitu Phantom Violet, Phantom Black, dan Phantom Silver. Setiap warna ini sangat sesuai dipadankan bersama Galaxt S21 anda. Fon telinga ini akan dijual pada harga RM799 sahaja. Buat pengguna Samsung di Malaysia, anda boleh mula membuat pra-pesanan bermula 1:00 pagi pada 15 Januari sehingga 28 Januari 2021.

Berita baik buat yang membuat pra-pesanan dalam tempoh ini. Anda akan menerima Wireless Charger Pad yang bernilai RM239 sementara stok masih ada. Pra-pesanan ini boleh dilakukan di Samsung Experience Stores, Samsung Authorised Partners dan Samsung Malaysia Online Store.

See also
Tarikh PRU15 Ditetapkan, Ini Perkara Harus Anda Ambil Tahu

Baca lebih lanjut: Fenomena Basikal: Sekadar Trend Ketika Pandemik?

Foto: Samsung