Chanel Métiers d’Art: Seni Mesir Purba Jadi Inspirasi Chanel

Teks: Suzie Adnan
Saban tahun, persembahan Metiers d'Art daripada Chanel senantiasa dinanti-nantikan. Pertama sekali mungkin kerana keunikan lokasi persembahannya atau sumber inspirasi yang diambil dari budaya atau tanah asing. Paling utama, Metiers d'Art adalah lapangan penting bagi menampilkan ketinggian seni kraf rumah-rumah couture seperti Michel, Goossens, Lognon, Lemarie, Montex, Desrues, Lesage serta Massaro. Setiap satu menyumbang kepada penghasilan koleksi Metiers d'Art yang penuh berseni.

Namun kali ini, Chanel membawa koleksinya ke New York. Pada awalnya saya menjangka himpunan yang dipersembahkan bakal memiliki ciri-ciri kota Big Apple ini. Namun jangkaan saya meleset tatkala menjejaki masuk ke Temple of Dendur - salah satu ruang pameran di dalam muzium The Met. Temple of Dendur adalah kuil Mesir lama yang dialihkan khas dari tapak asalnya. Dijangka dibina pada tahun 15 sebelum masihi, ia adalah lokasi paling sempurna untuk pertunjukan Metiers d'Art yang mencedok idea era piramid.
Model-model membuka persembahan dalam persalinan bersalut emas. Dengan gaya solekan sebagai pelengkap, model-model ini melangkah keluar membawa perwatakan bak Isis dan Osiris. Kaia Gerber model bintang di pentas Chanel manakala penampilan Pharrell Williams turut melangkah dalam sepersalinan serba emas. Rata-rata model menyarung but tinggi serta topi seakan turban berwarna emas manakala beg-beg memiliki ciri bentuk piramid serta kumbang yang cukup simbolik. Artis grafiti, Cyril Kongo turut menyumbang dalam koleksi ino dalam bentuk idea cetakan yang membawa Mesir purba ke era moden.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Cantik
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Fesyen
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Fesyen
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Cantik
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Gaya Hidup
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Gaya Hidup
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Fesyen
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026
Cantik

