Pretty In Zanotti
Kasut Giuseppe Zanotti sudah lama menjadi pilihan selebriti kelas A seluruh dunia. Selain itu, kasut indah ini juga turut disarungkan oleh wanita yang punya cita rasa sofistikated serta punya daya fesyen yang jitu. Maka tidak mustahillah Neelofa, turut menggilai jenama kasut asal Itali ini. Sejak kali pertama menyarungkannya 10 tahun lepas hatinya sudah jatuh cinta akan rekaan dan keselesaan koleksi kasut Giuseppe Zanotti. Terus satu peluang yang tidak dapat ditolak olehnya apabila empunya jenama ini mahu menghasilkan koleksi kasut yang menjadikannya sebagai sumber inspirasi.
Lantas, terhasilkan dua pasang kasut yang masih mengekalkan DNA jenama kasut Giuseppe Zanotti itu sendiri. Juga, Zanotti memadukan stail peribadi Neelofa dalam penghasilan dua pasang kasut ini. “Dazzling Liza for Neelofa” menggunakan batu kristal rona biru lembut yang memancarkan rasa feminin yang punya jiwa cukup yakin selari dengan karakter peribadi Neelofa. Manakala kasut “Mirror Liza for Neelofa” pula adalah kasut kulit kemasan metalik emas dan perak yang cukup bold!
Dua pasang kasut ini bakal singgah di butik Giuseppe Zanotti, Pavilion Kuala Lumpur pada akhir November dengan kuantiti yang terhad untuk mengekalkan nilai eksklusifnya. Jenama kasut ini sudah menjadi pilihan wanita di Kuala Lumpur dan Singapura sejak Valiram membuka butik pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur pada 2007 dan kemudiannya pada 2017 butik ION Orchard dibuka.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Jul 09, 2026
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Jul 08, 2026
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Jul 08, 2026
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Jul 08, 2026
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Jul 08, 2026
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Jul 08, 2026
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Jul 08, 2026




