Beg Ikonik Longchamp Beri Penghormatan Pada Robert Indiana
Longchamp mempersembahkan Longchamp x Robert Indiana sebagai satu penghormatan kepada artis Amerika, Robert Indiana buat koleksi ikonik Le Pliage® yang menampilkan signatur karya seni LOVE.
Koleksi ini meraikan kesederhanaan grafik, rekaan yang inovatif serta warna penuh optimistik lantas mengangkat mesej emosi Robert Indiana dengan daya tarikan Le Pliage® oleh Longchamp.
Bagi mereka yang tidak tahu, Robert Indiana memainkan peranan penting dalam pembangunan seni, lukisan hard-edge dan Pop Art dengan karya yang meneroka identiti Amerika dan kuasa bahasa. Imej LOVE yang dicipta oleh Robert ini hadir dalam format bertindan, bermula pada tahun 1964 dalam satu siri lukisan frottage yang Indiana cipta dan hantar kepada rakan-rakan.
Malah, dia juga mengembangkan lagi konsepnya melalui satu siri lukisan, arca, dan cetakan, yang menjadikan LOVE sebagai ikon seni abad ke-20 dan salah satu karya seni yang paling dikenali di dunia.

© Morgan Art Foundation. Licensed by Artestar, New York

© Morgan Art Foundation. Licensed by Artestar, New York
Dekati Koleksi Le Pliage®
Koleksi kapsul ini mengandungi imej LOVE yang dihasilkan semula dalam tiga warna yang diadaptasi daripada karya seni asal Robert Indiana, terpampang di seluruh kanvas beg kembara Le Pliage®, beg bahu dan dompet, serta beg tote dan beg cross-body.

© Morgan Art Foundation. Licensed by Artestar, New York
Buat koleksi beg kulit pula, imej LOVE dicetak timbul untuk beg Le Pliage® dalam versi XS malah ia hadir dalam tiga rona monokrom berbeza iaitu hijau, hitam dan merah. Beg kulit dalam rona merah walaubagaimana pun hanya boleh didapati di Pavilion Kuala Lumpur.

© Morgan Art Foundation. Licensed by Artestar, New York

© Morgan Art Foundation. Licensed by Artestar, New York
Lambang ini juga hadir sebagai rantai kunci dan dicetak dalam warna merah untuk kemeja-T putih dan baju kait kapas rona kelabu. Helaian ini sesuai untuk lelaki mahupun wanita.
Selain itu, dalam koleksi ini juga anda boleh temui selendang sutera yang memberi penghormatan kepada minat Robert Indiana terhadap numerologi dalam rona-rona terang.

© Morgan Art Foundation. Licensed by Artestar, New York
Selaras dengan terjemahan LOVE oleh Robert Indiana dalam media, bahasa dan cara warna yang berbeza, koleksi ini turut menampilkan beberapa beg eksklusif yang mentafsir karya seni Robert.
Bag Le Pliage® dalam rona jambu pula ekslusif untuk Asia Pasifik dan hanya boleh didapati dalam talian.

© Morgan Art Foundation. Licensed by Artestar, New York

© Morgan Art Foundation. Licensed by Artestar, New York
Beg tote Le Pliage® kuning eksklusif untuk Amerika Syarikat pula menampilkan New Glory Penny diptic Indiana 1963, lukisan minyak berdasarkan reka bentuk oleh Robert untuk syiling baharu yang ditugaskan oleh majalah Art in America.
Koleksi ini boleh didapati di butik Longchamp dan dalam talian di Longchamp.com mulai 31 Oktober. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web Longchamp.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
