Chanel Bunga/Panas 2018 Eksperimen Wanita Alaf Baru

Butik sementara Chanel di KLCC bakal dibuka mulai 17 Mei ini di Lot G18 & G19.
Menggunakan imej ngarai terkenal Perancis, Gorges du Verdon sebagai latar belakang megah Karl Lagerfeld menampilkan koleksi musim Bunga/Panas 2018 Chanel yang menunjukkan inovasi terbaru pereka veteran itu.
Menetapkan rona-rona akuatik sebagai skema rona utama, setiap satu daripada ceraian itu ibarat sinaran matahari di atas permukaan air memberikan efek iridesen yang indah. Rona biru digandingkan dengan putih, merah jambu segar pula digandingkan dengan rona-rona lebih cerah untuk memberikan kontra yang menarik.

Gambar Olivier Saillant
Selain itu, dari segi struktur dan siluet pula, Lagerfeld juga memberi fokus kepada bahagian bahu yang dramatik dan lebar dikenali sebagai 'tumbling' untuk kebanyakan ceraian dalam koleksi ini. Untuk memberikan keseimbangan kepada elemen ini, pereka tersebut memadankan setiap ceraian tersebut dengan elemen yang lebih lembut seperti sifon, sutera, dan les.
Bagi aksesori pula Lagerfeld membuat keputusan untuk mengambil pendekatan yang lebih kepada humour dengan penggayaan bag berganda menerusi beberapa aksesori di atas pentas peragaan Chanel. Tas tangan tote PVC dipadankan dengan tas tangan kulit dari siri Boy Chanel dan Gabrielle memberikan look yang baru, inovatif, dan fashionable. Lihat all our favourite looks daripada koleksi ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Apr 20, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
Apr 17, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemandu E-Hailing
Apr 17, 2026
10 Makanan Tambahan Kaya Dengan Magnesium
Apr 16, 2026
5 Destinasi Percutian Terbaik Bersama Ibu Tercinta
Apr 15, 2026

