fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Puteri Bongsu Cristiano Ronaldo Diperkenalkan Kepada Dunia
Ini 5 Aktiviti Istimewa Sempena Hari Ibu 2026
GLAM Sejenak Bersama Sharifah Rose, Kongsi Pembelian Terkininya Bulan Ini
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
5 Temple Dengan Prasarana Yang Menakjubkan!
Home > Gaya Hidup > Ketahui 5 Puteri Raja Bergelar Ibu Yang Punya Aura GLAM

Ketahui 5 Puteri Raja Bergelar Ibu Yang Punya Aura GLAM

Di sebalik kilauan mahkota dan protokol istana, 5 puteri raja ini kekal tampil dengan keanggunan yang tenang dan bijak mengimbangi tanggungjawab keluarga dan imej sebagai figura awam. 

Setiap langkah mereka mencerminkan kelembutan dan kekuatan yang lahir daripada peranan berganda yang dipikul dengan penuh wibawa. Lebih menarik, gaya peribadi mereka sering menjadi inspirasi kepada ramai wanita di seluruh dunia. Sama ada dalam penampilan kasual yang bersahaja atau busana formal yang sarat simbolik, mereka membuktikan bahawa keibuan tidak pernah mengurangkan pesona, sebaliknya menambah dimensi baharu kepada definisi elegan. GLAM kongsikan 5 puteri raja bergelar ibu yang bijak bergaya dan menjadi lambang keanggunan moden yang kekal relevan merentasi generasi.

5 Puteri Raja Berstatus Ibu Yang Bijak Bergaya!

1. YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah

5 Puteri Raja Bergelar Ibu Lambang Keanggunan Abadi

Anisha Rosnah binti Adam yang dilahirkan pada 6 November 1994, kini merupakan salah seorang ahli keluarga diraja Brunei sebagai isteri kepada Prince Abdul Mateen of Brunei, putera keempat kepada Sultan Hassanal Bolkiah. Beliau juga merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei, iaitu Yang Berhormat Pehin Dato Haji Awang Isa Awang Ibrahim. Pada 8 Februari 2026 pula, beliau selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Zahra Mariam, dengan gelaran penuh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah. Bukan sahaja memiliki kecantikan yang menawan, beliau turut menyerlah dengan minatnya dalam dunia kulinari, khususnya seni memasak yang mencerminkan sisi peribadinya yang lembut dan penuh perhatian terhadap perincian. Dengan latar yang elegan dan keperibadian yang tenang, Anisha sering mencerminkan imej puteri moden yang bersederhana namun tetap berkelas. 

 

2. YAM Tunku Tun Aminah

5 Puteri Raja Bergelar Ibu Lambang Keanggunan Abadi

Tunku Tun Aminah merupakan anakanda kedua dan satu-satunya puteri kepada Sultan Johor; Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofiah. Memiliki enam orang adik beradik, Tunku Tun Aminah sudah berkahwin dengan Dato’ Muhammad Dennis Abdullah dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Tunku Layla Sofiah dan Danial Dennis Muhammad. Mempunyai kerjaya sendiri, beliau mempamerkan aura anggun yang terpancar melalui setiap penampilan, diserlahkan lagi dengan sentuhan gaya yang rapi dan penuh keyakinan. 

3. Princess Charlene of Monaco

3. Princess Charlene of Monaco

Princess Charlene of Monaco, atau nama asalnya Charlene Lynette Wittstock, dilahirkan pada 25 Januari 1978 di Bulawayo, Rhodesia, merupakan isteri kepada Albert II, Prince of Monaco sejak tahun 2011. Beliau mula bertemu dengan Putera Albert pada tahun 2000 ketika satu kejohanan renang yang berlangsung di Monaco, sebelum hubungan mereka menjadi perhatian dunia diraja. Majlis perkahwinan rasmi mereka berlangsung dalam dua acara berprestij, iaitu upacara sivil pada 1 Julai 2011 di Throne Room, Istana Putera Monaco, diikuti dengan upacara keagamaan pada 2 Julai di Courtyard of Honour. Sejak itu, beliau dikenali sebagai Her Serene Highness Princess Charlene of Monaco, membawa gelaran penuh yang melambangkan kedudukannya dalam institusi diraja Monaco. Pada 10 Disember 2014, beliau melahirkan pasangan kembar iaitu Jacques, Hereditary Prince of Monaco dan Princess Gabriella of Monaco. 

4. Princess Sofia of Sweden

5 Puteri Raja Bergelar Ibu Lambang Keanggunan Abadi

Princess Sofia of Sweden, atau nama asalnya Sofia Kristina Hellqvist yang dilahirkan pada 6 Disember 1984, merupakan salah seorang ahli keluarga diraja Sweden. Sebelum berkahwin dengan Prince Carl Philip, Duke of Värmland pada tahun 2015 dan bergelar puteri, Sofia pernah melalui fasa kehidupan yang berbeza sebagai model glamor dan peserta rancangan realiti televisyen. Kini, beliau merupakan ibu kepada 4 cahaya mata iaitu Prince Alexander, Duke of Södermanland, Prince Gabriel, Duke of Dalarna, Prince Julian, Duke of Halland dan Princess Ines of Sweden, yang masing-masing berada dalam turutan kelima hingga kelapan dalam pewarisan takhta Sweden. Sering tampil bersama busana klasik dan rapi, beliau memancarkan aura anggun di setiap langkahnya. 

5. Queen Rania of Jordan

Queen Rania of Jordan, atau nama asalnya Rania Al Yassin yang dilahirkan pada 31 Ogos 1970, merupakan antara figura diraja paling berpengaruh di dunia moden. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dari American University of Cairo pada tahun 1991. Pada 10 Jun 1993, beliau mendirikan rumah tangga bersama Abdullah II of Jordan, yang kemudiannya ditabalkan sebagai Raja Jordan pada 7 Februari 1999. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Hussein, Crown Prince of Jordan, Princess Iman of Jordan, Princess Salma of Jordan dan Prince Hashem of Jordan. Selain peranannya sebagai isteri dan ibu, Queen Rania turut aktif memperjuangkan pelbagai inisiatif sosial, khususnya dalam meningkatkan taraf pendidikan dan peluang pembangunan rakyat Jordan. Kerap kali hadir dengan pilihan busana yang elegan dan solekan dioles rapi, beliau membawa kehadiran yang tenang namun tetap memikat.

Artikel berkaitan: Pesona Yang Teramat Mulia Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah