Chanel Bunga/Panas 2018 Eksperimen Wanita Alaf Baru

Butik sementara Chanel di KLCC bakal dibuka mulai 17 Mei ini di Lot G18 & G19.
Menggunakan imej ngarai terkenal Perancis, Gorges du Verdon sebagai latar belakang megah Karl Lagerfeld menampilkan koleksi musim Bunga/Panas 2018 Chanel yang menunjukkan inovasi terbaru pereka veteran itu.
Menetapkan rona-rona akuatik sebagai skema rona utama, setiap satu daripada ceraian itu ibarat sinaran matahari di atas permukaan air memberikan efek iridesen yang indah. Rona biru digandingkan dengan putih, merah jambu segar pula digandingkan dengan rona-rona lebih cerah untuk memberikan kontra yang menarik.

Gambar Olivier Saillant
Selain itu, dari segi struktur dan siluet pula, Lagerfeld juga memberi fokus kepada bahagian bahu yang dramatik dan lebar dikenali sebagai ‘tumbling‘ untuk kebanyakan ceraian dalam koleksi ini. Untuk memberikan keseimbangan kepada elemen ini, pereka tersebut memadankan setiap ceraian tersebut dengan elemen yang lebih lembut seperti sifon, sutera, dan les.
Bagi aksesori pula Lagerfeld membuat keputusan untuk mengambil pendekatan yang lebih kepada humour dengan penggayaan bag berganda menerusi beberapa aksesori di atas pentas peragaan Chanel. Tas tangan tote PVC dipadankan dengan tas tangan kulit dari siri Boy Chanel dan Gabrielle memberikan look yang baru, inovatif, dan fashionable. Lihat all our favourite looks daripada koleksi ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Jul 09, 2026
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Jul 08, 2026
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Jul 08, 2026
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Jul 08, 2026
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Jul 08, 2026
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Jul 08, 2026
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Jul 08, 2026

