Debaran 13 November 2014 semakin hampir di mana buat julung kalinya GLAM membawakan Fashion Future, sebuah saluran baru buat pereka fesyen lokal untuk memperagakan koleksi terbaru mereka di bawah satu bumbung. Sesuatu yang baru buat arena fesyen lokal, misi Fashion Future adalah untuk memeriahkan lagi gelanggang fesyen tempatan dengan menyediakan platform buat pereka tanah air untuk mempamerkan nilai kreativiti masing-masing, seterusnya membuktikan negara kita mampu untuk bersaing di persada antarabangsa.
Barisan enam pereka fesyen lokal yang bakal memeriahkan GLAM Fashion Future edisi pertama ini ternyata punya estetika tersendiri. Rizman Ruzaini, InnaiRed, Nuritha Harith, Zery Zamry, Fizi Woo dan Zakwan Anuar, ayuh kenali mereka dengan lebih dekat lagi!
1. Rizman Ruzaini

Siapa tidak kenal dengan nama Rizman Ruzaini? Kredibiliti duo ini tidak perlu disangkal lagi. Hasil rekaan mereka sering menjadi pilihan selebriti ternama seperti Dato Siti Nurhaliza dan Erra Fazira. Kini mengambil inspirasi dari sejarah kesenian zaman purba, sudah tentu Rizman Ruzaini bakal mempersembahkan koleksi indah tersendiri di GLAM Fashion Future nanti!
2. InnaiRed

Diterajui Arene P.Khairudin dan Juliani Jamal, InnaiRed kini semakin meniti di bibir peminat fesyen lokal. Menjulang cita rasa feminin sebagai nadi jenama ini, usaha terbaru mereka adalah untuk meluaskan lagi ceraian ready-to-wear yang dilihat semakin mendapat tempat di negara kita.
3. Fizi Woo

Mungkin dianggap sebagai masih hijau dalam industri fesyen tanah air, namun hasil rekaan feminine with a twist of masculinity yang menjadi paksi kepada jenama Fizi Woo membuatkan mereka dikenali dengan gaya tersendiri.
4. Zakwan Anuar

Membawakan cita rasa moden dan segar, less is more, itulah DNA yang dibawakan oleh jenama Zakwan Anuar. Gaya praktikal, ringkas serta stail peribadi adalah nafas yang cuba ditonjolkan pereka muda ini. Misi utamanya adalah untuk menarik minat masyarakat agar menghargai rekaan minimalis.
5. Nuritha Harith

Terkenal dengan signature pola beralun, jenama Nurita Harith sarat nadi feminin. Menurutnya, adalah penting untuk pereka fesyen berpegang teguh pada DNA dan bermain dengan signature itu serta tidak lari jauh agar orang lain dapat menghargai rekaan yang lebih peribadi.
6. Zery Zamry
Busana potongan ringkas sarat perincian sememangnya sinonim dengan Zery Zamry. Teknik perincian yang teliti membuatkan nama Zery Zamry terkenal dengan busana mewah haute couture. Visinya adalah untuk menjadi salah seorang couturier melayu Berjaya seperti Datuk Radzuan Radziwill.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
