Selebrasi Akhir Tahun, Dior Hadirkan Rangkaian Memesona
DIOR HADIRKAN RANGKAIAN ‘HOLIDAY COLLECTION’ YANG MEMESONA. GLAM SENARAIKAN WISHLIST YANG INGIN DIMILIKI.
Menjelang musim perayaan, Dior hadirkan rangkaian “Holiday Collection” untuk menyambut akhir tahun 2021. Apalagi, musim perayaan cukup akrab dengan budaya memberi, maka itu Dior memberi cadangan terbaik, sama ada untuk memilikinya sendiri atau memberinya kepada yang tersayang. Ternyata, Dior meraikan keajaiban Krismas dengan pilihan rekaan yang luar biasa.
Senarai “Holiday Collection” karya Maria Grazia Chiuri dipersembahkan dalam suasana yang unik dan punya daya tarikan. Keindahan abadi Greece yang mengilhamkan pertunjukan Dior cruise 2022, turut sama mengilhami persembahan koleksi ini. Rangkaian koleksi ini menghadirkan perpaduan warna dan kerajinan yang unik, seperti warna krim yang lembut bertemu dengan cetakan desain yang menawan dari perspektif seni yang sangat bermutu.
Konsep percutian menjadi visi dari koleksi liburan Dior kali ini, hadiah yang sederhana nan menawan. Rangkaian koleksi hadirkan item-item kulit dan aksesori kecil yang menawan dan identiti dengan gaya Dior.
Lambang gaya Dior, beg Lady Dior dan Dior Bobby dipersembahkan bersama Dior Caro yang menyerlahkan corak pied-de-poule yang ikonik, serta Lady D-Liye yang dihiasi dengan signatur gaya toile de Jouy.
Selain hadir untuk menyambut liburan akhir tahun, koleksi ini juga hadirkan rangkaian yang mencakup narasi kehidupan yang cerita dan dilanjutkan pada perpaduan warna dan tekstur.
Dior Book Tote yang ikonik dan model mininya, serta bekas vanity Dior Travel, dihadirkan dalam versi corak Dior Oblique, yakni dalam warna krim dan emas. Perihal barang kemas tak terkecuali, reka bentuk dan ilhamnya membangkitkan mitologi Yunani secara puitis, meningkatkan gaya sekiranya terlihat menghiasi leher, pergelangan tangan, jari atau telinga sang wanita. Sempurna buat merai si ibu yang gemarkan barang kemas mewah.
Visual koleksi liburan Dior merayakan sebuah selebrasi musim perayaan dengan teman-teman yang ditangkap dalam suasana indah yang menambah keintiman. GLAM menyenaraikan “wishlist’ dari koleksi akhir tahun Dior.
Artikel berkaitan: Ayuh Berpesta! Bergaya dengan H&M Innovation Circular Design Story
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.








