Datin Intan Najuwa: The First Duty Of Love Is To Listen
datin intan najuwa

Datin Intan Najuwa: The First Duty Of Love Is To Listen

“Saya bersyukur kerana di awal perhubungan kami, kedua belah ibu bapa kami merestui hubungan kami, terutama sekali ibu Azraf. Ibu bapa kami lebih teruja daripada kami, dan mahu kami cepat-cepat menikah. Kerana itu kami pergi umrah dengan keluarga masing- masing dan berjumpa di kota Madinah. Daripada situ keluarga kami bersuai kenal. Masih segar di ingatan saya, pertemuan pertama antara ibu saya dan ibu Azraf betul-betul di hadapan Masjid Nabawi. Jadi daripada pertemuan itu keluarga Azraf terus hantar rombongan sesudah di tanah air,” kongsi Datin Intan Najuwa buat GLAM.

Ditanya siapa yang kuat merajuk, Intan tertawa kecil, “Jangan terkejut, Azraf yang lebih suka merajuk, orangnya sensitif. Dulu masa awal-awal bercinta saya, tetapi sekarang suami lagi suka merajuk, dah jadi terbalik. Selalunya cara memujuk dia ialah saya akan datang meminta maaf, walaupun saya tahu kadang-kadang bukan salah saya pun, cewah! Ialah kadang- kadang saya tidak sedar saya ada guriskan hati dia, jadi saya tidak suka panjangkan cerita, saya terus minta maaf.”

datin intan najuwa

Dress dan perhiasan Dior

SUAMI SELALU BAHAGIAKAN DENGAN HADIAH

Intan berasa cukup bertuah kerana dia dan suami banyak berkongsi hobi yang sama. Antaranya mereka berdua kaki travel, jadi setiap bulan mereka akan melepasi ke awan biru mengembara dunia. “Jujurnya kami sangat spontan, cara kami memang tidak masuk akal, hari ini plan, esok terus fly ke destinasi kami. Kalau nak tahu dulu hobi saya sebelum kahwin memang macam ini, itulah seronok dapat pasangan sekepala ni. Apabila travel acara wajib pastinya shopping. Saya selalunya akan shopping di London, Paris dan Dubai. Ya tiga negara ini saya akan berkali-kali ke sana. Kerana di Malaysia saya tak ada masa untuk membeli belah, hanya fokus pada kerjaya saya. Jadi bila ke tiga tempat ini saya akan buat list apa yang saya mahu dan saya akan masa membeli-belah! Tas tangan saya meminati Dior, Chanel, Louis Vuitton dan Goyard. Baru-baru ini saya mula mengumpul tas Hermes seperti Birkin dan Kelly. Tas Hermes suami yang akan memilih semuanya untuk saya. Ya Azraf suka hadiahkan tas tangan kepada saya. Dan jangan tak tahu, dia juga hantu shopping. Dia suka mengumpul jam tangan. Sekarang ini saya menghadiri event fesyen, seronok kerana boleh bawa suami, kalau dulu so lonely, sorang-sorang sahaja pergi. Lepas ni mana-mana event saya pergi pasti suami setia menemani. Selepas kahwin kami cari hobi baru iaitu menunggang kuda. Pantang ada waktu lapang kami akan luangkan masa bersama kuda-kuda kami. kadang-kadang saya teman dia pergi training untuk sukan polo.” Jelas Datin Intan Najuwa yang cukup menggemari wangian dari Thameen Riviere botol berwarna biru dan Amouage Epic botol berwarna hijau.

Dress dan aksesori Dior

Sewaktu sesi temu ramah, kami sama-sama ketawa besar kerana Intan juga berkongsi dia di New Zealand hari-hari memasak kerana suaminya tekak Melayu! Kebetulan saya juga memasak hari-hari di London untuk suami sama sepertinya. “Sebenarnya trip New Zealand selama dua minggu ini bukanlah trip bulan madu kerana kamikan setiap bulan akan terbang. Cumanya kali ini istimewa, saya menemani Azraf untuk training Polo di sini di Ainsley Polo, Pukekohe. Di sini kami sewa rumah, untuk percutiaan kali ini kami dambakan feel countryside, nature, dan dikelilingi dengan kuda-kuda yang berkeliaran. Ya saya disini hari-hari memasak, suami tekak Melayu. Seronok kami akan sama-sama pergi ke market beli barang basah dan balik saya memasak untuknya,” ujar Intan.

See also
Balenciaga Telah Membuat Beg Kerepek Kentang Lay's

“Selain memasak, apa lagi aktiviti kalian?” “Kami disini mestilah ride kuda sama-sama. Bagi makan pada kuda-kuda. Setiap pagi dan petang. Seronok sekali! Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa datang menyapu tubuh. Pokok-pokok Ru melambai-lambai seakan-akan meraikan kedatangan kami di sini! Jiwa berasa damai sekali di sini. On that moment both of us felt like we were dreaming. Suasana percutian kami sekarang sungguh romantik. I’ll definitely go to New Zealand again next time!” katanya teruja.

THE FIRST DUTY IF LOVE IS TO LISTEN – DATIN INTAN NAJUWA

Bicara tentang kehidupannya bergelar isteri, Intan menghela nafas panjang. “Bukan semuanya sempurna dan indah-indah belaka, but it’s normal nobody’s perfect. Saya terima dia seadanya. To have the rose, you must accept the thorn. Semestinya ada kelakuan saya yang Azraf kurang senang begitu juga dengan saya. That is the part that I’m learning and adapting to that situation and it’s fun though. I just can’t live without him. “He is my savior, and I am his lover. kami memerlukan satu sama lain. Marriage is about company, understanding, living together, sincerity, growing together at the same time, sharing, caring and always feels that you are involved in the marriage. Jika berteraskan ego semata-mata sesuatu perhubungan itu tidak dapat pergi jauh. Dan saya percaya the first duty of love is to listen.”

Dress dan beg Dior

“Bila you dan suami rancang mahukan zuriat?” saja saya mengusiknya. “Buat masa terdekat ini tiada perancangan lagi. Kalau ada rezeki adalah. Saya mengimpikan ada dua atau tiga cahaya mata. Macam manalah rupa anak kami nanti kan?” Gurau Intan tertawa bahagia. “Teruja sebenarnya mahu tahu apa rasanya apabila hamil selama sembilan bulan dan menjadi ibu. Perasaan syukur pada Ilahi pasti membasahi jiwa. Tentu saya dan Azraf akan melalui suatu fasa yang baru sebagai ibu bapa. Pastinya kami akan pentingkan akhlak dan juga pendidikan kepada anak-anak kami kelak. Ia adalah amanah dari Tuhan. Tidak sabar menunggu detik azimat itu.”

datin intan najuwa

Dress, tali pinggang dan aksesori Dior

“We have made a promise to each other that we are going to work things out through thick and thin. Semoga cinta kami hingga ke jannah. Tetapi semua ketentuan di tangan Allah hanya dia yang layak menentukan suratan takdir kita. I tak takut, I’ve waited my whole life to meet someone like him. Lelaki yang saya dambakan kini sudah menjadi suami saya. Sudah tentu saya tidak akan sia-siakan perhubungan kami. Love is an ideal thing, marriage is a real thing, and a confusion of the real with the ideal never goes unpunished.” Ujarnya penuh mendalam itulah namanya ‘kasih sepantun tulisan pinggan’ kata orang lama-lama. Menyentuh hal kerjayanya, Intan sempat berkongsi perkembangan kariernya. Menurutnya menjadi anak seni banyak perkara perlu dikorbankan terutama sekali masa. Jika saya cuti daripada berlakon dalam dua-tiga bulan saya akan rasa serba tak kena, saya rindu ke set penggambaran,” ujar Intan yang teringin mengungguli satu filem yang beri impak yang sangat besar sehingga dia akan diingati sebagai watak itu sampai bila-bila. Intan melihat lima tahun dari sekarang dirinya sebagai pengarah filem. Dan masih giat berlakon. Intan meminati genre romantic comedy.

Datin Intan Najuwa

Dress, subang dan topi Dior

Selain bergelar pelakon, Datin Intan Najuwa juga adalah seorang usahawan. Intan bercerita perihal perniagaannya. “Alhamdulillah, Cool Hair Care masih beroperasi sejak 2019, dan Februari 2024 saya akan lancarkan kafe milik saya yang bertempat di Petaling Street. Saya sedang mendalami ilmu perniagaan F&B dan saya beruntung kerana suami banyak beri tunjuk ajar dalam selok belok perniagaan terutama dalam pengurusan kewangan.” Jelas Intan ringkas yang juga sering amalkan surah Al-Furqon, tiga kul dan ayatul kursi untuk kebahagiaan keluarganya.

See also
Coach Bawakan Nuansa Ramadan & Spirit Warisan New York yang Autentik di Pavilion KL

Artikel Berkaitan: Datin Intan Najuwa: Setiap Hari Saya Bahagia Apabila Bersama Si Dia