fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Selain Bella Astillah, Ini Wajah REDManifesto Wanita Malaysia
7 Stail Rambut Bob-Cut Ungguli Golden Globes 2025
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari Berbanding ‘Perfume’
Gaya Rambut ‘Bangs’ Anna Jobling, Eyka Farhana Pilihan GLAM Bulan Ini
10 Model Dengan Wajah Seiras
Home > Cantik > ‘Self-Care’ Dengan Pembersih Wajah Mewah Ini

‘Self-Care’ Dengan Pembersih Wajah Mewah Ini

Tingkatkan rutin wajah anda dengan 5 set pembersih wajah mewah paling hit. Temui rahsia kulit glowing bak selebriti dalam masa 5 minit. Stay fabulous, darling! 

Siapa kata penjagaan diri memerlukan masa berjam-jam di spa? Dalam dunia yang serba pantas, definisi kemewahan sebenar adalah masa. Namun, dengan set pembersih wajah yang tepat, rutin harian yang ringkas mampu berubah menjadi satu ritual eksklusif yang memanjakan jiwa dan raga hanya dalam masa lima minit! 

Ini 5 Set Cleanser Paling Eksklusif Untuk ‘Self-Care’ 5 Minit

1. Chanel Sublimage

Chanel sekali lagi membuktikan kedudukan mereka dalam liga tersendiri melalui rangkaian Sublimage. Set Chanel Sublimage ini bukan sekadar pembersih, tetapi satu upacara kecantikan yang memanfaatkan kuasa Vanilla Planifolia. Tekstur gel-to-oil yang ikonik ini akan mencair sebaik sahaja bersentuhan dengan kulit, memberikan sensasi yang sangat halus dan mewah. Sekali sapuan, anda akan dibawa terbang ke sebuah suite eksklusif di Paris memberikan hasil kulit yang lembut, anjal, dan berbau sangat “mahal”.

2. Dior Prestige

Bagi pencinta kecantikan yang mementingkan kesempurnaan, Dior Prestige adalah satu produk yang wajib ada di atas meja solek anda. Set edisi terbaharu ini mengangkat keajaiban Rose de Granville sebagai teraju utama. Hadir dengan rekaan packaging yang cukup mempesona, ia menggabungkan Cleansing Balm yang bertekstur mentega bersama Micellar Mousse yang ringan. Ia adalah rahsia di sebalik kulit yang nampak plumpy, dewy, dan berseri dari dalam. It’s not just skincare, it’s a floral couture for your face.

3. La Mer

Apabila memperkatakan tentang rejuvenasi kulit, tiada yang mampu menandingi kehebatan La Mer. Set terbaharu 2026 ini menampilkan The Cleansing Oil yang telah diformulasi semula, dipadankan bersama The Essence Foaming Cleanser. Rahsia kehebatannya terletak pada Miracle Broth yang pekat, memberikan kesan instant-glow seolah-olah anda baru sahaja menjalani rawatan spa bernilai ribuan ringgit. Ritual lima minit ini bukan sahaja membersih, malah memulihkan aura wajah anda agar kekal segar dan bertenaga sepanjang hari.

4. Augustinus Bader

Masih memegang takhta sebagai skincare paling saintifik, duo terbaru daripada Augustinus Bader ini menggunakan teknologi TFC8® yang dipertingkatkan. Menggabungkan The Cleansing Balm yang sangat pekat dengan The Cream Cleansing Gel, set ini direka untuk wanita yang mahu kesan anti-aging bermula dari langkah pertama cucian. Bauannya? Sangat eksklusif, bau “wanita kaya” yang berjaya.

5. Clé de Peau Beauté

The ultimate peak of luxury. Set Synactif terbaharu ini merupakan sains kecantikan paling elit untuk transformasi wajah yang lebih sculpted dan tirus melalui gabungan ikonik Synactif Soap dan Synactif Lotion. Dengan buih selembut kasmir yang dihasilkan secara manual selama berbulan-bulan, ritual ini bukan sahaja membersih secara mendalam malah mengecilkan pori sehingga kulit nampak invisible dan sehalus sutera

Artikel berkaitan: 5 Destinasi Estetik Rawatan Kuku Di Klang Valley