Marion Cotillard Bintang Baharu Haruman Ikonik Chanel No. 5 - Glam Malaysia

Marion Cotillard Bintang Baharu Haruman Ikonik Chanel No. 5

Menyifatkan kurniaan wajahnya sebagai rupa sempurna mewakili kecantikan wanita Perancis, membuatkan bintang filem Marion Cotillard disunting menjadi wajah kempen terbaru Chanel No. 5. Dan awal bulan ini filem kempen ini mula dilancarkan dan ternyata hasil karya pengarah terkenal John Renck menjadi buah mulut penggemar haruman ikonik itu. 

Apa yang mahu ditonjolkan dalam kempen terbaru ini? Menurut Renck, dia mahu mengetengahkan kisah seorang wanita misteri yang sedang asyik dilamun cinta, lantas dia mencipta mood kosong, tidak terlalu banyak dekorasi atau props, cukup sekadar suasana hening malam Paris yang dipancari cahaya bulan. Marion berimaginasi dia menari-nari dengan buah hatinya di bulan. Mungkin pepatah Melayu ‘bagaikan pungguk rindukan bulan’ menjadi buah ilham Renck untuk iklan Chanel ini. Di dalam kempen baru ini, data kita saksikan Marion menari-nari dengan ‘buah hatinya’ di bulan. 

Apa lagi yang menarik tentang iklan ini? Tentulah gaun renda keemasan yang membaluti tubuh Marion. Gaun itu dipilih sendiri oleh pengarah kreatif Chanel, Virginie Viard. Solekan untuk Marion pula disempurnakan Lucia Pica, pengarah mekap dan warna global Chanel. 

See also
Rahsia Merawat Bibir Yang Terlalu Kering