fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Minyak Rosemary Untuk Lebatkan Rambut
GLAM 101: Magis Wangian
Solekan Mata Jadi Fokus Dior Makeup di Musim Bunga
Tranformasi Radikal Zaga Grau
Selain Dari Penjagaan Wajah, Rambut Juga Perlu Hyaluronic Acid?
Home > Cantik > Lea Seydoux Bintangi Kempen Wangian Pertama Louis Vuitton

Lea Seydoux Bintangi Kempen Wangian Pertama Louis Vuitton

Louis Vuitton memperkenalkan kempen haruman pertama dalam satu siri gambar yang dirakam oleh Patrik Demarchelier. Pereka minyak wangi, Jacques Cavallier Belletrud telah mencipta tujuh rangkaian wangian untuk Louis Vuitton iaitu Rose des Vents, Turbulences, Dans La Peau, Apogee, Contre Moi, Matiere Noire dan Mille Feux.
 
Untuk mendapatkan konsep femininity untuk kempen ini, Maison Louis Vuitton telah mengembara ke Afrika Selatan, di Lone Creek Falls- Pekan Sabie dan bekerjasama dengan jurugambar, Patrick Demarchelier.
 
Aura feminin Lea Seydoux nyata menyerlahkan lagi kempen ini. Seydoux pernah memenangi Golden Palm di Festival Filem Cannes untuk wataknya dalam filem ‘Blue is the Warmest Color”. Pada tahun 2015, Seydoux melakonkan watak gadis Bond untuk filem James Bond yang terbaru, “Spectre” di samping Daniel Craig. Tahun ini, Seydoux bakal membintangi filem terbaru arahan Xavier Dolan, “It’s Only the End of The World”
 
Kempen wangian pertama Louis Vuitton dibintangi Lea Seydoux akan disiarkan dalam majalah isu Oktober.
 
untitled
 
untitled-1