Longchamp Raih Pengiktirafan B Corp
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioLongchamp mengukuhkan legasi 78 tahun dengan pensijilan B Corp sebagai simbol komitmen sosial dan alam sekitar yang berterusan.
Selama hampir lapan dekad, Longchamp membina namanya berasaskan ketekunan, ketelitian dan rasa hormat terhadap warisan. Tahun ini, label dari Paris ini melakar satu lagi detik penting apabila dianugerahkan pensijilan B Corp, satu pengiktirafan antarabangsa yang menilai amalan sosial, alam sekitar dan tadbir urus secara menyeluruh. Lebih daripada sekadar sijil, ia mengiktiraf cara kerja yang telah lama diamalkan oleh Longchamp, daripada proses rekaan hingga ke pengeluaran, daripada pengurusan dalaman hingga ke pengalaman di butik. Di bawah kepimpinan Adrien Cassegrain sebagai Pengarah Transformasi dan CSR, pendekatan ini disusun dengan lebih terarah, meletakkan tanggungjawab sosial sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang rumah ini, bukan sekadar inisiatif sampingan.

Longchamp Dan Manifesto Lestari Yang Diperakui B Corp
Lebih daripada sekadar rangka kerja, B Corp menjadi cerminan komitmen yang sentiasa hidup dalam DNA jenama ini. Longchamp Family dan Made by Longchamp berdiri sebagai dua tunjang utama yang menggerakkan falsafah tersebut. Longchamp Family meraikan pasukan, kepakaran dan nilai kemanusiaan yang menjadi tulang belakang rumah ini. Dengan 68 peratus pengurus terdiri daripada wanita, inisiatif seperti Mission Handicap dan Women program menzahirkan sokongan terhadap pembangunan profesional, kesejahteraan, pencegahan kanser payudara serta bantuan kecemasan kepada mangsa keganasan domestik. Di samping itu, Longchamp turut menyokong dunia seni dan kreativiti melalui kolaborasi bersama NGO Anaka, penglibatan dalam panel juri ANDAM serta projek bersama jurugambar Thandiwe Muriu dan pameran seni yang memperluas akses kepada khalayak.

Made by Longchamp pula mengangkat warisan ketukangan sebagai inti pati penciptaan. Berstatus Entreprise du Patrimoine Vivant, ia ini menitikberatkan pemilihan material yang lestari dan boleh dijejak, termasuk kulit yang disahkan oleh Leather Working Group dengan majoriti mencapai taraf Gold. Setiap produk menjalani analisis kitar hayat sebelum dilancarkan, memastikan prinsip kemampanan terjalin sejak awal proses rekaan. Koleksi Re Play yang diperkenalkan sejak 2022 menghidupkan konsep anti pembaziran melalui penggunaan bahan lebihan arkib, membuktikan bahawa inovasi dan kesedaran alam sekitar boleh berjalan seiring tanpa mengorbankan estetika.

Komitmen ini turut diterjemahkan melalui polisi pembaikan yang aktif. Pada tahun 2025 sahaja, sebanyak 80 ribu produk diperbaiki melalui rangkaian 33 pusat pembaikan global, disokong strategi regionalisasi bagi mengurangkan jejak karbon pengangkutan. Dari sudut iklim, Longchamp mencatatkan pengurangan emisi sebanyak 9 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, dengan sasaran pengurangan mutlak 95 peratus bagi Scope 1 dan 2 menjelang 2033. Visi ini jelas, menghasilkan objek yang indah dan tahan lama bukan lagi pilihan, tetapi tanggungjawab terhadap wanita kontemporari yang peka terhadap isu zaman. Di tangan Longchamp, kemewahan tidak lagi sekadar gaya, tetapi janji terhadap masa depan.
Artikel berkaitan: Kehangatan Cocooning Longchamp SS26
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
