Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full Bio“Shine On Every Frequency This Summer” tidak hanya sekadar kempen musim, tetapi sebagai satu bahasa baharu untuk bibir. Chanel membingkai musim panas melalui Rouge Coco Hydra Gloss, menjadikan kilauan bukan lagi elemen akhir solekan, tetapi titik permulaan ekspresi.
Di bawah naratif ini, bibir menjadi medium yang memancarkan isyarat. Setiap rona berfungsi seperti frekuensi yang berbeza, bertemu dalam satu spektrum yang meraikan kebebasan, intuisi dan rasa diri yang tidak ditapis. Ia tentang bagaimana cahaya bergerak, bagaimana warna bernafas dan bagaimana gloss kini membawa makna yang lebih daripada sekadar kilau.
High-shine bertemu formula penjagaan bibir Chanel.

Rouge Coco Hydra Gloss diperkenalkan sebagai tafsiran semula high-shine yang lebih halus dan moden. Satu sapuan sudah cukup untuk menghasilkan kilauan seperti cermin yang menyerlahkan keindahan bibir dengan cara yang lebih sofistikated. Bibir tampak lebih penuh, segar dan berdimensi tanpa kehilangan kelembutan semula jadinya.
Formula ini menggabungkan manfaat solekan dan penjagaan bibir dalam satu sapuan. Diperkaya dengan 85% bahan asas pelembap, ia mengandungi camellia ceramides hasil penyelidikan Chanel serta hydra peptide complex. Sejurus disapu, bibir terasa lebih licin, lembap dan selesa, selain kelihatan lebih penuh. Penggunaan berterusan pula membantu mengekalkan kelembapan serta melindungi bibir daripada kekeringan sepanjang hari.
Aplikator berbentuk cocoon direka untuk mengikuti bentuk bibir dengan tepat, membolehkan sapuan yang sekata dalam satu gerakan. Teksturnya ringan, tidak melekit, dan terasa selesa sepanjang pemakaian. Kilauan yang terhasil berubah mengikut cahaya, seolah-olah bibir bergerak dalam ritma sendiri.
18 rona untuk setiap gaya dan ekspresi

Rouge Coco Hydra Gloss cukup versatil untuk dipakai secara solo atau dilapiskan di atas Rouge Coco lipstick. Untuk tampilan yang lebih kreatif, ia boleh digabungkan dengan Le Crayon Lèvres bagi menghasilkan efek ombré atau dimensi tambahan pada bibir.
Dengan 18 rona yang merentasi spektrum nude hingga warna yang lebih berani, koleksi ini menawarkan pilihan yang sesuai untuk pelbagai gaya dan suasana. Setiap rona hadir dengan karakter tersendiri, membolehkan para wanita bereksperimen dengan warna dan kilauan mengikut cita rasa masing-masing.
Artikel berkaitan: Trend Report: 5 Trend Kecantikan Separuh Pertama 2026
Artikel Berkaitan
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Bold Eyes Atau Bold Lips? Ketahui Bila Masa Yang Sesuai Untu...
15 Langkah Penjagaan Tangan, Perlu Atau Berlebihan?
Pat McGrath Mentafsir Semula Pensel Bibir Untuk Louis Vuitto...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Sanggul Sleek Selena Gomez Curi Perhatian Di Perkahwinan Taylor Swift
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
