Buang Tabiat Gigit Kuku, Rawat Masalah Iritasi Kutikal - Glam Malaysia
Buang Tabiat Gigit Kuku, Rawat Masalah Iritasi Kutikal

Buang Tabiat Gigit Kuku, Rawat Masalah Iritasi Kutikal

Malu hendak zoom gambar jari sendiri! Nampak rapuh, kering dan mudah patah. Masalah kutikal sering melanda saat terlalu sibuk.

Tabiat menggigit kuku digelar sebagai Onychophagia ini mempengaruhi sejak kecil hingga ke dewasa. Dikatakan dapat menghilangkan keresahan. Namun, ia juga mendatangkan bahana pada diri sendiri. Bakteria mudah terdedah dan permukaan kuku nampak tidak sekata dan rapuh. Kutikal akan terdedah dengan mudah. Oleh itu, apa kata anda merawat masalah ini hanya di rumah sahaja. GLAM bariskan tip sebagai panduan. 

Photo by ian dooley on Unsplash

Rendam jari dan tangan dalam air suam

Untuk melembutkan kutikal, rendam terlebih dahulu jari dan tangan dalam air suam dan guna sabun jenis skrub. Untuk membuang sisa kotoran. Rendam selama 5- 10 minit.

Guna minyak jari sebagai pelembap 

Minyak Kutikal O.P.I

Seperti tubuh badan, kutikal juga akan mengalami kekeringan  dan menggelupas jika kurangnya kelembapan. Namun, jika anda memilih produk pelembap yang salah, ianya akan memburukkan keadaan. Krim tangan hanya akan tindakbalas secara minimal, seeloknya guna jenis minyak atau cuticle exfoliator.

Adakah anda patut memotong Kutikal?

See also
Coming Soon: Kerjasama Caitlyn Jenner & Jenama Kosmetik Besar

Kutikal mempunyai lapisan yang melindungi kulit jari daripada terdedah bakteria. Jika anda tersalah langkah ia akan memburukkan keadaan. Cukup sekadar trim di hujung jari. Kalau tidak yakin, lebih jangan.

Tolak ke dalam Kutikal dengan perlahan

Alat untuk menolak kutikal

Setelah potong atau lembapkan, tolak kutikal ke dalam. Guna stik jenis kayu atau gunakan jenis hujungnya ada kapas sebagai alas lembut saat menolak kutikal.

Artikel berkaitan 5 Tutorial Untuk Kuku Yang Menawan dan Outsanding