Related Stories
Bvlgari Perkenalkan Magnifying, Sebuah Pengalaman Baharu Dalam Memakai Haruman
Buat pertama kalinya dalam sejarah pembuatan minyak wangi, esen istimewa diperkenalkan untuk digandingkan dengan haruman. Dinamakan sebagai ‘Magnifying’, esen ini boleh disuai padan dengan lima haruman dari rangkaian Bvlgari Allegra.

Ada lima esen kesemuanya iaitu Magnifying Musk, Magnifying Bergamot, Magnifying Rose, Magnifying Patchouli dan Magnifying Vanilla. Dicipta hasil ilham pakar haruman Jacques Cavallier, esen ini dicipta sebagai lapisan kedua selepas menyembur haruman, lantas mencipta pelbagai emosi pada haruman anda. Jadi ada lima haruman dan lima esen, pilihlah yang mana bisa memenuhi selera bau anda.

Esen-esen yang dicipta oleh Bvlgari ini adalah untuk disuai padankan dengan lima haruman terbarunya, Bvlgari Allegra. Lima haruman dalam rangkaian ini dibotolkan dalam kelalang berwarna-warni, selari dengan warna-warna batu permata yang sering sahaja melatari perhiasan mewah jenama ini.

Lima haruman tersebut ialah Riva Solare yang kental dengan bau sitrus, Fiori D’Amore yang sangat feminin dengan bau rasberi. Menyuntik elemn edgy, Bvlgari memperkenalkan Rock ‘N’ Rome sebuah haruman yang meriah dengan bau buah-buahan.
Tidak lengkap sebuah koleksi haruman tanpa elemen buah-buahan, Bvlgari melengkapkan koleksi ini dengan, Fantasi Veneta, yang didasari dengan bau pic dan vanila. Bvlgari Allegra juga disempurnakan dengan Dolce Estasi yang tampil bagaikan gula-gula. Allegra EDP RM984 (100ml), Allegra EDP RM689 (50ml) dan Magnifying Essence RM787 (40ml).

Baca: Calvin Klein Defy, Aroma Dedikasi Lelaki Maskulin Moden
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
