fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Koleksi Finale Rihanna x Manolo Blahnik Ibarat Khayalan
Beg Tangan Astor, Taruhan Baru Michael Kors
6 Fakta Unik Tentang Jenama Trendy Sandy Liang
Coach Fall 2023 Show Livestream
Pameran Naomi: In Fashion, Pandora’s Box Naomi Campbell
Home > Fesyen > Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri

Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri

Daripada tailoring tajam Celine hingga ledakan warna Prada, setiap penampilan Harry Styles di sepanjang jelajah konsert Together, Together menghidupkan estetika fesyennya yang tersendiri di atas pentas.

Harry Styles sudah lama membuktikan bahawa fesyen adalah sebahagian daripada identitinya. Jika di luar pentas dia sering tampil santai dengan sentuhan vintaj dan siluet yang lebih relaks, persona pentasnya pula bergerak dalam dimensi yang berbeza, berani, ekspresif dan penuh karisma. Menerusi jelajah Together, Together, penyanyi itu menjadikan setiap persembahan sebagai pentas gaya yang menghubungkan dunia muzik dan fesyen mewah, dengan setiap penampilan hadir membawa mood dan naratif yang tersendiri. Dengan sentuhan penggaya setianya, Harry Lambert, helaian daripada rumah fesyen seperti Celine, Prada dan Calvin Klein diterjemahkan ke dalam bahasa pentas yang segar, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu ikon gaya paling berpengaruh masa kini.

6 Gaya Harry Styles Di Jelajah Konsert ‘Together, Together’

1. Ledakan Merah Berbusana Celine

Dalam persalinan daripada Celine, Harry Styles menggabungkan seluar merah terang dengan blazer hitam berstruktur yang mencipta kontras dramatik di atas pentas. Tali leher berjalur menambahkan sentuhan retro yang mengingatkan estetika rock era 70-an, sementara siluet longgar memberi kebebasan untuk bergerak dengan penuh yakin.

2. Prada Menawan Di Pentas Wembley

Persalinan Prada ini menghidupkan tenaga pentas menerusi kardigan merah jambu terang yang menjadi titik fokus penampilan Harry Styles. Dipadankan dengan seluar dalam rona lebih gelap, keseluruhan gaya terasa segar, santai dan sarat karakter. Pilihan warna yang tidak dijangka ini mencerminkan keberaniannya bermain dengan fesyen tanpa mengorbankan elemen sofistikated.

3. Colour-Blocking Calvin Klein

Dalam penampilan daripada Calvin Klein, Harry Styles menggabungkan blazer rona krim, kemeja merah menyala dan seluar biru lembut dalam satu kombinasi yang penuh karakter. Palet warna yang kontras ini memberi sentuhan retro yang segar, manakala siluet santai menjadikan keseluruhan gaya terasa ringan dan bertenaga.

4. Layering in Prada

Persalinan Prada ini menampilkan permainan warna yang mencuri perhatian menerusi sweater jingga terang yang dilapisi kemeja berona ceria. Dipadankan dengan seluar potongan longgar, keseluruhan gaya terasa santai namun tetap mempunyai impak visual yang kuat. Ada sentuhan preppy yang diberi nafas moden, selari dengan personaliti Harry Styles yang gemar menolak batas gaya konvensional.

5. Tampilan Busana Celine Yang Tampak Santai

Persalinan ini menampilkan sweatshirt rajut rona biru yang dipadankan dengan seluar berpotongan longgar dalam warna krim lembut. Gabungan warna yang bersih dan tidak terlalu kompleks memberi nafas segar kepada gaya pentas Harry Styles, membuktikan bahawa penampilan yang ringkas masih mampu meninggalkan kesan yang kuat. Keseluruhannya terasa santai, moden dan penuh keyakinan.

6. Estetika Klasik Celine

Persalinan Celine ini menggabungkan blazer hitam klasik dengan kemeja bercorak mikro dan tali leher kuning yang mencuri perhatian. Padanan seluar potongan lurus dalam rona gelap mengukuhkan estetika vintaj yang terasa segar dan relevan.

Artikel berkaitan: Segalanya Mengenai Teman Wanita Terbaru Harry Styles, Taylor Russell