fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
9 Makanan Kaya Probiotik untuk Kekal Sihat Semasa Berpuasa
Eksplorasi Dunia Kempen Gucci Melalui Pameran Gucci Garden Archetypes
KL Festival 2026 Kembali Menjadi Pentas Warisan Seni Malaysia
Golden Bull ‘Mengganas’ Di Pavilion KL
Simbolik Nama Ana Nayla, Puteri Sulung Ayda Jebat & Nabil Mahir
Home > Gaya Hidup > RIMOWA Holiday Case Pilihan Sempurna Untuk Percutian

RIMOWA Holiday Case Pilihan Sempurna Untuk Percutian

RIMOWA memperkenalkan RIMOWA Holiday Case, koleksi edisi terhad yang menggabungkan warisan reka bentuk ikonik dengan sentuhan moden.

Koleksi ini memberi penghormatan kepada reka bentuk dari tahun 1988 yang dikenali sebagai ‘der Reisekoffer für junge Leute’ atau “beg perjalanan untuk golongan muda”. Reka bentuk ini menandakan langkah pertama RIMOWA dalam dunia reka bentuk tahun 1980-an dengan warna-warna neon yang ceria.

Bercuti dengan RIMOWA Holiday Case

RIMOWA Holiday Case kini hadir dengan sentuhan nostalgia, memberikan keselesaan dan gaya untuk para pengembara masa kini. Beg ini dihasilkan daripada polikarbonat ringan, dilengkapi dengan kunci dan bingkai yang tahan lasak seperti koleksi Original RIMOWA. Ia turut hadir dengan tali bahu yang boleh dilaras untuk memudahkan pengangkutan.

Bahagian dalamnya juga direka dengan penuh warna, lengkap dengan lapisan berwarna yang padan serta pemisah jaring putih yang menambah sentuhan moden pada reka bentuk asal.

Hadir dengan pilihan warna yang ceria seperti biru, kuning, dan merah, RIMOWA Holiday Case adalah pilihan ideal untuk mereka yang merancang percutian Hari Raya yang penuh warna. Sama ada perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga atau melancong ke destinasi baru, beg ini menawarkan gabungan gaya, keselesaan, dan ketahanan yang sempurna.

Kini, RIMOWA Holiday Case tersedia di kedai-kedai RIMOWA terpilih di seluruh dunia dan dalam talian di RIMOWA.com pada harga MYR 5,650. Sempurnakan percutian anda dengan RIMOWA Holiday Case dengan penuh keceriaan.

Artikel Berkaitan: Bagasi Kabin Dark & Raw, Kolaborasi Edisi Terhad RIMOWA & Rick Owens