Butik Chanel di KLCC Menterjemahkan Ruangan Peribadi Coco Chanel
Membayangkan suasana apartmen milik pengasas Chanel sudah menjadi satu kebiasan buat peminat rumah fesyen ikonik ini. Kini impian tersebut menjadi realiti di Aras G Suria KLCC (G06-07 & 105).

Butik Chanel kini tampil dengan sentuhan lebih mewah dan peribadi dengan bantuan arkitek Peter Marino. Diinspirasikan oleh apartmen saat GLAM menjejakkan kaki ke dalam butik Chanel ini, suasana keliling jelas menunjukkan jiwa dan estetik pengasas jenama ikonik ini, Gabrielle 'Coco' Chanel.
[envira-gallery id="86052"]
Pameran utama yang menghiasi ruang bak galeri terus menarik perhatian dengan boneka pakaian yang mengenakan koleksi terbaru Karl Lagerfeld buat Chanel Cruise 2019. Kemudiannya bahagian aksesori dan perhiasan turut menarik perhatian kami dengan koleksi-koleksi terbaru mereka dipamerkan secara eksklusif.
Dari 2.55, 11.12, Boy CHANEL, CHANEL's Gabrielle dan juga CHANEL 31, butik Chanel ini menampilkan item-item yang diidamkan oleh fashionista Malaysia. Tangga mewah yang membawa kami ke aras dua menampilkan lebih banyak lagi koleksi Chanel dan tidak lupa juga hiasan portrait Coco Chanel oleh artis Vik Muniz turut menyemarakkan lagi nuansa mewah ruang tersebut. Di ruang ini juga terdapat sebuah bilik peribada yang mencerminkan estetik Chanel yang cukup dikenali ramai.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

