Ikrar Taylor Swift Selepas Menang Kes Raba, Mengumpul Dana Buat Mangsa Serangan Seksual - Glam Malaysia

Ikrar Taylor Swift Selepas Menang Kes Raba, Mengumpul Dana Buat Mangsa Serangan Seksual

Sekali lagi Taylor Swift menjadi inspirasi ramai wanita terutama penyokong bagi kes serangan seksual. Setelah tempoh empat tahun dan seminggu, penyanyi jelita itu diumumkan menang kesnya terhadap DJ David Mueller.

 

Taylor Swift mendakwa DJ David Mueller merabanya sebelum konsert 2013 berlangsung. Sekeping gambar menjadi bukti, di mana terletakknya tangan DJ David Mueller. Malah, dia perlu membayar gantirugi sejumlah US $1 juta.

 

My hope is to help those whose voices should also be heard,” ujar Taylor Swift di dalam kenyataannya dikongsinya. “Dia juga merancang untuk menderma kepada beberapa organisasi di dalam usaha membantu mangsa serangan seksual mempertahankan diri.”

 

Taylor Swift dikatakan lebih lantang disepanjang tempoh perbicaraan sehingga memberitahu peguam bela DJ David Mueller di dalam mahkamah. “Saya tidak akan membenarkan kamu dan juga klien kamu membuat saya bersalah dalam kes ini, kerasa saya tidak.”

 

Malah peguamnya turut menegaskan, “Victims are prone to blink rather than relive the shame and humiliation of what took place.”

 

See also
Keputusan Muktamad Khloé Kardashian Selepas Teman Lelakinya Curang

Kes ini mendapat perhatian rakan artis Taylor Swift seperti Kesha dalam twitternya memberi sokongan padu. “@taylorswift13 i support you always, and especially right now and admire your strength and fearlessness. truth is always the answer.”

 

Berikut adalah kenyataan daripada Taylor Swift menerusi KDVR News.

 

“Saya berterima kasih kepada Hakim William J Martinez dan pihak juri yang atas timbangrasa mereka. Kepada peguam saya Doug Baldridge, Danielle Foley, Jay Schaudies kerana berjuang mewakili saya dan secara tidak langsung mangsa gangguan seksual lain juga semua yang menyokong saya sepajang pembicaraan ini.”

 

“Saya mengaku keistimewaan dikurniakan dari hidup saya, daripada masyarakat dan kemampuan saya untuk menanggung pembiayaan besar untuk membela diri dalam perbicaraan seperti ini. Saya berharap dapat membantu mereka yang merasa suaranya harus didengar. Oleh itu, saya akan memberikan derma dalam waktu terdekat ke sejumlah orgaisasi yang dapat membantu magsa gangguan seksual.”

See also
Ratu Pop, Madonna Muncul Semula Di Radar Muzik!