Kim Kardashian West Tekad Membantu Mangsa Ketidakadilan Undang-Undang

Kim Kardashian West, seorang bintang realiti, usahawan wanita, fashionista dan kini menambah adiwira sebagai kariernya.
Untuk pengetahuan anda semua, baru-baru ini dunia dikejutkan dengan tindakan mahkamah yang membuat keputusan untuk menghukum Cyntoia Brown, seorang remaja yang berusia 16 tahun semasa didakwa, dengan hukuman penjara yang tidak adil dan dibenarkan mendapat parol apabila dia mencecah 69 tahun?
Semua ini hanya kerana dia membuat keputusan untuk menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa pemerdagangan seks dengan menembak mati lelaki yang bertanggungjawab merosakkan hidup gadis ini.
The system has failed. It’s heart breaking to see a young girl sex trafficked then when she has the courage to fight back is jailed for life! We have to do better & do what’s right. I’ve called my attorneys yesterday to see what can be done to fix this. #FreeCyntoiaBrown pic.twitter.com/73y26mLp7u
— Kim Kardashian West (@KimKardashian) 2017년 11월 21일
Kim yang berkemampuan untuk membantu dengan kedudukan dan pengaruhnya telah mendapatkan khidmat peguam handal untuk mengendalikan kes ini dan juga kes Alice Johnson “a 62-year-old grandmother and former FedEx worker… 21 years into a life sentence for her first-time, nonviolent drug conviction.”
Kedua-dua kes ini telah diketengahkan oleh ACLU untuk memberi kesedaran terhadap ketidakadilan ini dan semenjak kes-kes sebegini menjadi tular, ramai selebriti telah tampil meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem undang-undang mereka.

Peguam yang telah dipilih oleh Kim adalah seorang peguam wanita di LA, Shawn Holley yang pernah mengendalikan kes-kes berprofil besar seperti Tupac dan Nicole Richie, Paris Hilton, dan Lindsay Lohan. Shawn juga pernah bekerjasama dengan mendiang bapa kim, Robert Kardashian.
“Kim telah meminta bantuan saya beberapa minggu yang lalu untuk membantu memberikan keadilan kepada Alice Johnson. Kami kemudiannya mula berbincang dengan pasukan guaman Alice… Sejak itu, Kim juga telah bersuara untuk kes Cyntoia Brown dan telah meminta saya untuk membantu dalam kes ini juga,” terang Shawn kepada NY Daily News.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
