Mengapa Anak-Anak Jada Pinkett Smith Tinggalkan Rumah?
The kids have left the nest?

Dua daripada anak-anak Jada Pinkett Smith bersama suaminya, Will Smith, Jaden dan Willow telahpun meninggalkan rumah keluarga mereka bagi menjalankan hidup bersendiri.
Jaden, 18 tahun, dan Willow, 16 tahun, sibuk menjelajah dunia buat kerjaya mereka yang memerlukan mereka di suatu tempat dalam masa yang singkat. “Perasaan ini sungguh aneh, mereka tiada di sini, tetapi seperti mereka ada!” kata pelakon berumur 45 tahun itu. “Willow sering telefon rumah setiap hari, dan Jaden masih perlu bersama Will dan saya apabila [Jaden] rindukan kami.” sambungnya.
Jaden sedang sibuk dengan filem Life in a Year yang dirakam di Toronto, Kanada. Willow pula bekerjaya dalam arena muzik — beliau sering mengelilingi dunia kena kerjayanya itu. Adik-beradik Hollywood itu juga sering dibicarakan dalam kalangan peminat fesyen — Jaden pernah menjadi model buat kempen Louis Vuitton dan Willow pula merupakan seorang duta buat jenama Chanel.

Walaupun keluarga tersebut tidak menetap bersama lagi, Jaden dan Willow tetap meletakkan hubungan bersama ibu bapa mereka sebagai keutamaan. Dalam sebuah temu ramah, Jaden beritahu majalah Interview, “Ibu bapa saya sememangnya idola hidup saya. Itulah sumber saya dan Willow mengambil inspirasi untuk mengubah dunia. Ia semuanya datang dari konsep memberi impak kepada dunia secara positif dan tinggalkannya dalam nada yang lebih baik dari status quo”.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
