fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
American Crime Story: The Assassination of Gianni Versace, Tidak Diterima Oleh Keluarga Versace
CEO Victoria Secret Letak Jawatan Ikutan Kontroversi
North West Duduk Di Baris Hadapan Pentas Balenciaga
Taylor Swift Kini Dikhabarkan Bersama Seorang Lagi pelakon British?
Portret Rasmi Keluarga Kardashian-West Didedahkan
Home > Uncategorized > Tommy Hilfiger Tidak Akan Menyertai New York Fashion Week

Tommy Hilfiger Tidak Akan Menyertai New York Fashion Week

Tommy Hilfiger dan Gigi Hadid semasa Koleksi S/S '16 di New York

Tommy Hilfiger dan Gigi Hadid semasa Koleksi S/S ’16 di New York


 

Jenama terkenal dari Amerika Syarikat Tommy Hilfiger masih lagi dipuji untuk koleksi mereka sebelum ini kerana menjemput dalam 1000 orang awam untuk menghadiri pertunjukan fesyen buat koleksi Luruh/Sejuk ‘16 mereka. Mereka juga telah mengubah sebuah kawasan dermaga di New York menjadi kawasan karnival.

 

Tommy Hilfiger dengan kolaborasi bersama model mereka Gigi Hadid akan mempersembahkan koleksi musim bunga mereka di Venice Beach, California pada bulan Februari ini.

 

Pertunjukan yang akan diadakan pada 8 Februari itu adalah pertunjukan kedua Tommy Hilfiger yang meilbatkan orang awam (direct-to-consumer) dengan inspirasi daripada pantai Cali dan boleh dibeli terus selepas pertunjukan fesyen berakhir.

 

Jenama tersebut melaporkan bahawa semenjak Gigi menyertai mereka trafik web mereka telah naik berlipat ganda sebanyak 900% dan juga meningkatkan kadar jualan mereka.

 

Gigi Hadid semasa pelancaran 'Tommy X Gigi Collection' di Tokyo.

Gigi Hadid semasa pelancaran ‘Tommy X Gigi Collection’ di Tokyo.


 

“Gaya kasual, cool dan chic  yang menerajui dunia fashion untuk musim ini dilahirkan dan dihasilkan di L.A., dan kami tahu yang ianya amat sesuai untuk diadakan di Venice Beach,” kata Hilfiger.

 

We can’t wait for this collection!

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid