fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Iklan Kesedaran Pepsi Bersama Kendall Jenner Membuat Netizen Berang
Marc Jacobs Buka Akaun Instagram
Empat Gadis Stella McCartney
Kolaborasi Terbaru H&M Bersama Alex Katz
Meghan Markle Menutup Websitenya Untuk Memulakan Hidupnya di London?
Home > Uncategorized > KLFWRTW 2016 DAY 3: Liga Pereka Wanita Tunjuk Taring

KLFWRTW 2016 DAY 3: Liga Pereka Wanita Tunjuk Taring

Oleh: Lylatul Qadrina
 
17 pereka fesyen yang dipilih untuk memperagakan koleksi mereka pada hari ketiga KLFW 2016 membuktikan bahawa mereka adalah pereka-pereka yang perlu diberi perhatian dalam industri fesyen Malaysia serta antarabangsa.
 
Koleksi Ready To Wear dari setiap pereka yang dipersembahkan mempunyai konsep dan aspirasinya tersendiri lantas menjadikan setiap rekaan sangat bermakna.
 
Antara pereka fesyen yang menggamam penonton pada hari ini adalah Sutrasilka, Adila Long, Sazzy Falak, Melinda Looi dan Nadia Marni.
 
Walaubagaimanapun, koleksi Mimpikita yang mempunyai Parisian feels menjadi pilihan kegemaran GLAM. Mainan warna pastel dan fabrik bercorak geometri serta floral digunakan selain daripada teknik drape dan pleated.
 
Bukan itu sahaja, pentas KLFW juga digegarkan oleh model-model yang memperagakan koleksi dari pereka fesyen China, Angel Chen apabila mereka menari ketika menggayakan rekaan beliau.
 
Selain itu, Anuruq Jaidee dari Thailand berjaya menjuarai pertandingan pencarian pereka muda hasil kolaborasi KLFW dan Air Asia yang memilih tiga orang pelajar sebagai wakil setiap negara termasuklah Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapore.
 
Anuruq menerima gelaran ‘AirAsia’s Most Promising Young Designer 2016’, mata ganjaran AirAsia BIG berjumlah 150,000, tiket pergi balik penerbangan AirAsia dan RM25,000 tajaan FashionValet untuk memulakan koleksi beliau yang akan diperagakan di KLFWRTW 2017!
 
[soliloquy id=”51143″]