Related Stories
4 Arloji Pilihan GLAM: Rumusan Dari LVMH Watch Week 2023
Diselenggarakan di Singapura, pembentangan LVMH Watch Week 2023 arloji edisi keempat mempamerkan pelbagai kebaharuan yang melampaui nilai ketukangan barisan novelty terdahulu.
Di saat kesibukan perayaan tahun baru masih diraikan, dunia jam tangan sekali lagi mengalihkan perhatiannya ke kota Singa. Bermula dari 10 sehingga 12 Januari lalu di penggal pertama tahun ini, edisi keempat Minggu Arloji LVMH 2023 atau LVMH Watch Week 2023 memulakan rencana pertama industri bagi tahun ini.
Sepanjang acara yang berlangsung selama tiga hari itu, barisan jenama yang bernaung dibawah kumpulan LVMH; yakni TAG Heuer, Zenith, Hublot dan Bulgari tampil membentangkan ciptaan baharu mereka yang muncul begitu inovatif.
4 Arloji Pilihan GLAM: Rumusan LVMH Watch Week 2023
Frédéric Arnault, Ketua Pegawai Eksekutif TAG Heuer yang muda lagi dinamik memperkenalkan kronograf Carrera dan Monza baharu, kedua-duanya diperoleh daripada penglibatan bersejarah jenama itu dalam arena perlumbaan permotoran.

Kevin Pietersen bersama pakar panduan Hidupan Liar memakai Big Bang Unico SORAI baharu.
Hublot pula terus bermain dengan kepelbagaian warna, material dan inovasi teknikal dengan Big Bang Automatic Tourbillon dalam rona Neon Yellow SAXEM yang mencuri tumpuan ramai. Begitu juga kehadiran Big Bang Unico SORAI baharu mencerminkan tumpuan mereka terhadap tanggungjawab sosial.
Dilihat sama Zenith yang mendakap ilham arlojinya dari glasier kepada Skyline dengan dua keluaran model Defy baharu. Disamping itu, memperkenalkan saiz terkini bagi Defy Skyline dari 41mm kepada 36mm, juga tersedia dalam tiga warna baharu.
Demikian, kreasi jam tangan dari rumah arloji ilham jauhari Bulgari untuk tahun ini pula rata-ratanya dihiasi butiran batu permata. Daripada berlian, nilam, delima beralih kepada peridot, tanzanite dan citrine. Ini kerana tahun terdahulu Bulgari fokus kepada penciptaan gerakan horologi yang spektakuler, termasuk ciptaan Octo Finissimo Ultra yang merupakan jam tangan ternipis di dunia pada masa ia dikeluarkan.

Arloji ilham jauhari Serpenti Misteriosi High Jewellery yang dipertontonkan tahun lalu oleh Bulgari.
Seperkara lagi, perkenalan jam tangan ilham jauhari Serpenti yang menyanjung tinggi ketukangan perhiasan tertinggi yang dilitupi seni enamel dan batu permata bagi menterjemahkan rincian sisik kulit reptilia itu bagi meraikan ulang tahun ke-75 koleksinya.
Ayuh kenali 4 ciptaan baharu yang mencuri perhatian GLAM saat ia dibentangkan di kota Singa yang lalu!
#2 Hublot Big Bang Tourbillon Automatic SAXEM Yellow Neon
Menghasilkan case jam tangan dalam nada kuning neon yang terang sambil kelihatan seolah bersinar dari dalam, seperti bahan fluoresens kelihatan seperti idea yang mudah. Namun, hakikatnya, ia adalah sangat kompleks untuk dicapai.

Bagi melintangi cabaran yang sangat teknikal ini, Hublot terpaksa mencari penyelesaian dalam teknologi angkasa lepas. Malah, SAXEM dibangunkan dalam bidang teknologi satelit. Bahan unik yang juga pernah digunakan pada keluaran tahun 2019 untuk Big Bang MP-11.

Big Bang Tourbillon Automatic Saxem Yellow Neon dalam saiz 44mm, tampil memaparkan kerangka kaliber, tourbillon yang kelihatan terapung di udara dan berpunya rizab kuasa 72 jam. Bahagian lainnya diperbuat dari titanium juga material nilam yang membolehkan pergerakan itu kelihatan luar biasa langsung menjangkau batasan ketukangan arloji konvensional.
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Sanggul Sleek Selena Gomez Curi Perhatian Di Perkahwinan Taylor Swift
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
