Kamar beradu adalah destinasi setiap penghuni bumi memulakan dan mengakhiri setiap hari mendatang. Di sini juga, syurga buat pasangan suami isteri mematri bibit cinta. Oleh itu, sarang cinta ini harus sentiasa tampil indah mempesona bagaikan kayangan agar ikatan kasih yang dijalin semakin utuh. Pemilihan warna untuk kamar beradu juga memainkan peranan penting dalam menyemarakkan mood ketika di dalam kamar beradu.

Unisex
Pastikan pilihan spektrum warna tidak mewakili mana-mana jantina yang keterlaluan. Suami pasti tidak selesa apabila bilik yang didiami terlalu bersifat feminisma. Adunan warna- warna pastel; krim, hijau cerah, kuning cerah dan biru fius antara yang boleh dipertimbangkan buat pasangan suami isteri.
Warna Pekat
Elakkan sama sekali pilihan spektrum warna hangat yakni oren, merah jambu atau merah hangat. Ini hanya mengalirkan tenaga panas keterlaluan yang tidak diperlukan tubuh ketika tidur.
Corak dan tekstur
Bagi kemasan lembut seperti cadar, sarung kusyen, langsir dan kertas dinding pilih jenis bercorak atau bertekstur untuk impak elegan bersahaja. Corak geometri; chevron dan jejalur tidak pernah dimamah usia. Jika tidak yakin, hadirkan perincian piping berpadanan latar polos. Boleh juga cuba cat bertekstur Nippon Momento pada dinding tumpu.
Emas dan Perak
Saya cadangkan kertas dinding sarat lakaran motif bunga dalam bersepuh emas mahupun corak geometri berjalin perak untuk impak mewah elegan. Laura Ashley menyediakan barisan kertas dinding ajnas motif dan tekstur untuk kamar beradu bagaikan puteri. Paling tidak, hadirkan aksesori buatan bahan perak, krom atau tembaga seperti lampu meja, bingkai gambar atau kotak aksesori.
Neutral
Simbahan palet semula jadi tidak pernah silap untuk apa jua ruang. Selain menjelmakan ilusi ruang lebih lapang, warna-warna neutral merehatkan mata dari pemandangan sesak. Cipta kesinambungan ruang menerusi panduan skim warna senada seperti krim atau off white bermula pada pilihan warna dinding, kemasan lembut sehinggalah perabot dan aksesori.
Teks: Nadia Zolkifli
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
