Sajian - Resipi Mudah One Pot Pasta - Pasta Ratatouille - Glam Malaysia

Sajian – Resipi Mudah One Pot Pasta – Pasta Ratatouille

Malam berkerja tetapi masih mahukan masakan rumah tetapi malas mengemas. No buts no more! Masakan berkonsepkan satu periuk (one-pot meal) bermula dari masakan jenis sup, stew, kacau goreng dilihat sebagai satu pilihan masakan rumah yang mudah disediakan, enak dinikmati dan tentunya sihat dengan segala jenis protein, karbo dan zat diperlukan tubuh.

Pasta antara hidangan yang boleh dimasak dalam satu periuk lengkap pelbagai nutrisi malah telah dibuktikan sebagai alternatif karbo terbaik bagi yang berdiet. Lima jenis hidangan yang dimasak dalam satu periuk tanpa perlu menumis untuk anda cuba di rumah sebagai hidangan makan tengahari atau malam. Jika ada lebih, boleh bawa sebagai bekal untuk makan tengahari di pejabat keesokkannya.

 

Pasta Ratatouille

Bahan – bahan

250 gm pasta berbentuk spiral
1.5 cawan stok sayur – sayuran
1 biji bawang besar dihiris nipis
5 biji bawang putih dihiris nipis
2 tangkai daun basil
1 bunjut garni (daun parsli, thyme, daun salam)
2 sudu besar pes tomato
1 tin tomato cincang
1 biji zukini dipotong dadu
1 biji terung (aubergine) dipotong dadu
2 sudu besar minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
Keju parmesan

See also
Duchess of Cambridge Diiktiraf Sebagai Jurufoto Oleh Persatuan Diraja

 

Cara menyediakan

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali keju parmesan ke dalam periuk. Biarkan mendidih seketika.
  2. Kacau pasta agar tidak melekat.
  3. Perlahankan api, masak sehingga pasta lembut al dente dan kuah memekat.
  4. Keluarkan bunjut garni dan tangkai daun basil.
  5. Perasakan garam dan lada hitam secukup rasa
  6. Taburkan keju parmesan untuk menghidang.