4 Arloji Pilihan GLAM: Rumusan Dari LVMH Watch Week 2023
Diselenggarakan di Singapura, pembentangan LVMH Watch Week 2023 arloji edisi keempat mempamerkan pelbagai kebaharuan yang melampaui nilai ketukangan barisan novelty terdahulu.
Di saat kesibukan perayaan tahun baru masih diraikan, dunia jam tangan sekali lagi mengalihkan perhatiannya ke kota Singa. Bermula dari 10 sehingga 12 Januari lalu di penggal pertama tahun ini, edisi keempat Minggu Arloji LVMH 2023 atau LVMH Watch Week 2023 memulakan rencana pertama industri bagi tahun ini.
Sepanjang acara yang berlangsung selama tiga hari itu, barisan jenama yang bernaung dibawah kumpulan LVMH; yakni TAG Heuer, Zenith, Hublot dan Bulgari tampil membentangkan ciptaan baharu mereka yang muncul begitu inovatif.
4 Arloji Pilihan GLAM: Rumusan LVMH Watch Week 2023
Frédéric Arnault, Ketua Pegawai Eksekutif TAG Heuer yang muda lagi dinamik memperkenalkan kronograf Carrera dan Monza baharu, kedua-duanya diperoleh daripada penglibatan bersejarah jenama itu dalam arena perlumbaan permotoran.

Kevin Pietersen bersama pakar panduan Hidupan Liar memakai Big Bang Unico SORAI baharu.
Hublot pula terus bermain dengan kepelbagaian warna, material dan inovasi teknikal dengan Big Bang Automatic Tourbillon dalam rona Neon Yellow SAXEM yang mencuri tumpuan ramai. Begitu juga kehadiran Big Bang Unico SORAI baharu mencerminkan tumpuan mereka terhadap tanggungjawab sosial.
Dilihat sama Zenith yang mendakap ilham arlojinya dari glasier kepada Skyline dengan dua keluaran model Defy baharu. Disamping itu, memperkenalkan saiz terkini bagi Defy Skyline dari 41mm kepada 36mm, juga tersedia dalam tiga warna baharu.
Demikian, kreasi jam tangan dari rumah arloji ilham jauhari Bulgari untuk tahun ini pula rata-ratanya dihiasi butiran batu permata. Daripada berlian, nilam, delima beralih kepada peridot, tanzanite dan citrine. Ini kerana tahun terdahulu Bulgari fokus kepada penciptaan gerakan horologi yang spektakuler, termasuk ciptaan Octo Finissimo Ultra yang merupakan jam tangan ternipis di dunia pada masa ia dikeluarkan.

Arloji ilham jauhari Serpenti Misteriosi High Jewellery yang dipertontonkan tahun lalu oleh Bulgari.
Seperkara lagi, perkenalan jam tangan ilham jauhari Serpenti yang menyanjung tinggi ketukangan perhiasan tertinggi yang dilitupi seni enamel dan batu permata bagi menterjemahkan rincian sisik kulit reptilia itu bagi meraikan ulang tahun ke-75 koleksinya.
Ayuh kenali 4 ciptaan baharu yang mencuri perhatian GLAM saat ia dibentangkan di kota Singa yang lalu!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026


