Destinasi - Rekaan Kontemporari Thomson Furniture, Brunei - Glam Malaysia

Destinasi – Rekaan Kontemporari Thomson Furniture, Brunei

Teks : Nadia Zolkifli
Gambar : Patrick Chan

 

Kepentingan kualiti dan reka bentuk semasa pemacu jenama perabot tempatan Brunei, Thomson Furniture. Mereka menggabungkan reka bentuk, kemasan bermutu, fungsi dan praktikaliti untuk setiap perabot dan aksesori yang dipasarkan.

 

Lebih 30 tahun dalam industri perabot dan aksesori, Thomson Furniture menawarkan rekaan dan kualiti perabot mengikut arus trend. Seleksi perabot dan aksesori yang ada bagi menciptakan ruang kediaman seperti sofa, kerusi berlengan, set meja makan, meja konsol, bangku, pasu seramik dan kaca, pelbagai rekaan lampu termasuk lampu meja dan lampu lantai. Thomson Furniture membolehkan warga Brunei mendapatkan reka bentuk perabot dan aksesori antarabangsa.

 

Bagi memastikan rekaan perabot yang diimport relevan, Thomson Furniture turut berkerjasama dengan pereka bentuk dalaman dan pakar-pakar dalam industri untuk melihat arus trend serta rekaan ikonik. Tidak tertumpu hanya pada satu konsep rekaan, Thomson Furniture memberikan kepelbagaian pilihan, konsep dan rekaan perabot.

See also
Expensive Divorce: Rumah Tangga Punah Diganti Wang

 

Pengunjung yang berkunjung ke ruang pamer dua aras Thomson Furniture, boleh melihat serta merasai sendiri kualiti perabot yang ada. Ruang pamer Thomson Furniture menvisualisasikan semua sudut dan ruang di kediaman bagi memberikan gambaran jelas dan cambahan idea.

 

Thomson Furniture dibuka setiap hari 8.30 pagi hingga 7 malam di Simpang 593, Jalan Gadong, Kampong Beribi, Bandar Seri Begawan BE1118, Brunei. Facebook Thomson Furniture

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Thomson Furniture mempamerkan pelbagai pilihan reka bentuk perabot, aksesori dan lampu di ruang pamer dua aras.