Ruang – Idea Oasis Peribadi Kediaman

GLAM DEKO, Inspirasi

Ruang – Idea Oasis Peribadi Kediaman

1012

Mandian buih, garam, bunga mahupun titisan minyak esen aromaterapi dipercayai mampu merawat jiwa dan tubuh yang rawan. Bagi mendapatkan terapi mandian hebat haruslah bermula dari ruang mandian berambien tenang, praktikal fungsi dengan gaya interior malar segar. Ada beberapa perkara perlu dilihat apabila membina santuari peribadi di kediaman.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

MATERIAL ALAM

Batu marmar, konkrit bertekstur dan kayu antara bahan natural yang boleh diguna pakai sebagai asas rekaan permukaan lantai, dinding dan kabinet storan. Reka bentuk produk seperti tab mandi dan sinki diperbuat daripada bahan alami memberi estetika elegan mewah. Patenkan jubin konkrit dalam bentuk herringbone pada permukaan lantai dan dinding jika mahukan dimensi rekaan berbeza. Ira batu marmar menyuntik ambien moden segar. Secara tidak langsung, penggunaan material semula jadi mempamerkan keindahan corak, tekstur dan bau alam yang nyata dari dalam kediaman.

Kamar mandi dalam balutan kepingan marmar dan jubin berpaten membias rasa mewah.

Your email address will not be published. Required fields are marked *