Mencipta dekorasi ruang dalam gaya tersendiri boleh diaplikasi dengan seni pilihan kreatif rangkaian Rozel Khayu yang menawarkan seleksi meja makan dalam gaya lebih kontemporari
Penggunaan perabot berasaskan kayu sememangnya sinonim dengan gaya hidup di Malaysia. Biar apa sahaja gaya yang dipilih, elemen kayu menjadikan ruang kelihatan lebih lembut dan alami. Seiring faktor iklim tropika, penjagaan perabot berasaskan kayu adalah lebih mudah dan praktikal pada ruang.

Untuk memenuhi kehendak pasaran yang sentiasa mahukan sentuhan perabot dalam gaya kontemporari, Rozel membawakan seleksi perabot khususnya meja makan yang menggabungkan pengunaan kayu bersama material seperti marmar dan kaca. Buat jenama Rozel, rekaan setiap perabot adalah ibarat karya seni yang boleh dikongsikan bersama oleh tuan rumah buat tetamu yang berkunjung. Biarpun rekaannya indah, namun aspek praktikaliti tetap menjadi keutamaan jenama ini dalam menghasilkan rangkaian produknya. Lebih menarik lagi, set meja makan ini boleh disuai padan bersama kerusi berbeza untuk menyerlahkan lagi cita rasa dekorasi kediaman. Ternyata ia mampu memberikan rasa eksklusif dalam penataan ruang makan.

Beberapa jenis kayu berbeza dipilih untuk rangkaian terbaru ini. Kayu Ash merupakan salah satu yang dipilih kerana sifatnya yang keras dan berat namun mempunyai ira liang bagai cincin untuk memberi efek seni pada rekaan perabot. Warna yang semula jadi untuk kayu jenis ini adalah di antara putih dan coklat muda. Untuk pilihan lebih bergaya, rangkaian kayu oak turut tersedia buat seleksi Khayu. Ia merupakan antara pilihan popular kerana corak ira yang lebih jelas dan besar. Pilihan yang lebih mewah merupakan kayu walnut yang bersifat kukuh dan tahan lama namun tidak terlalu berat. Lebih menarik dengan ira yang unik dan beralun linear.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
