Transfromasi Mewah Arca Seni Louis Vuitton Les Extraits- GLAM Malaysia

Transformasi Mewah Arca Seni Louis Vuitton Les Extraits

Tidak lengkap tanpa unsur seni halus yang menjadi petanda wangian ikonik Louis Vuitton Les Extraits.

Edisi terhad Louis Vuitton Les Extraits Murano Art adalah interpretasi Frank Gehry

Edisi terhad Louis Vuitton Les Extraits Murano Art adalah interpretasi Frank Gehry terhadap haruman mewah Symphony. Yang juga mempamerkan kesenian halus dengan tambahan seni kaca Murano. Penutup botol ikonik ini mendapat sentuhan hebat oleh Master Simone Cenedese.

Objek seni yang direka dalam bentuk unik, berwarna-warni ini juga menandakan ulang tahun pertama mercu Louis Vuitton Les Extraits yang juga merupakan barisan koleksi wangian oleh pakar wangian Jacques Cavallier Belletrud. Kehadiran elemen Murano baharu ini cetusan edisi seni menghiasi haruman eksklusif Symphony yang bersinar dan mengasyikkan.

Kehadiran wangian Symphony menyerlahkan ekspresi seni dengan kehadiran arca seni yang harmoni.

Les Extraits Murano Art Edition yang menyatukan kreativiti, inspirasi dan kesenian di dalam satu botol wangian.

Untuk melengkapkan botol wangian yang melengkung dan anggun itu, arkitek legenda Frank Gehry telah mengubah rupa penutup botol asalnya menjadi ciptaan baharu yang luar biasa. Direka khusus untuk dimodelkan dengan tangan dalam kaca Murano, setiap penutup edisi terhad dan bernombor ini adalah unik seperti alam semula jadi itu sendiri. Menyerupai bunga khayalan kaleidoskopik yang mekar dari botol.

See also
Diari Putaran Dunia 365 Hari

Untuk setiap bahagian atas, Simone Cenedese mengasahnya bersama kaca generasi ketiga dan memahat kaca hitam, merah, biru dan lutsinar sehingga membuahkan hasil yang luar biasa. Kerjasama antara tiga individu hebat ini membuatkan Les Extraits Murano Art Edition yang menyatukan kreativiti, inspirasi dan kesenian di dalam satu botol wangian. Kehadiran wangian Symphony menyerlahkan ekspresi seni dengan kehadiran arca seni yang harmoni.

Les Extraits Murano Art Edition

Artikel berkaitan Legasi Artistik Frank Gehry Disebalik Aroma Mewah Les Extraits