Inspirasi Buat ‘Home Office’ Yang Artistik, Praktikal Dan Chic - Glam Malaysia

Inspirasi Buat ‘Home Office’ Yang Artistik, Praktikal Dan Chic

Selain dapat memberikan keselesaan, seleksi perabot kediaman Sancal x XTRA dapat menyuntik sentuhan artistik yang praktikal dan chic untuk menghiasi ruang ‘home office’ kala bekerja dari rumah.

Sejak tahun lalu, penularan pandemik Covid-19 telah menghasilkan revolusi domestik yang memaksa ramai untuk bekerja terus dari rumah. Kediaman rumah tidak lagi hanya menjadi lokasi istrirahat, kini ia menjadi sebahagian daripada ruang kerja. Selain dapat memberikan keselesaan, seleksi perabot kediaman Sancal x XTRA dapat menyuntik sentuhan artistik yang praktikal untuk menghiasi ruang ‘home office’ kala bekerja dari rumah.

Dalam keadaan yang masih tidak menentu ini, Sancal bersama XTRA Furniture bersatu dalam memberikan variasi item dekorasi pejabat yang boleh digunakan untuk ‘home office’ anda. Menghasilkan ruang kerja di rumah bukanlah mudah. Bukan sahaja sebagai ruang untuk meletakkan komputer riba, ‘home office’ ini perlulah fleksibel dalam menciptakan suasana kerja yang dapat memberikan konsentrasi, efisien dan inspirasi.

Desain Praktikal Dan Serba Boleh

Dalam menghasilkan ruang yang multi-fungsi, sangat penting untuk memilih desain perabot yang diperlukan berdasarkan profesion. Sebagai contoh, seorang arkitek tidak memerlukan elemen yang sama seperti seorang yang berada dalam industri komersial.

Saiz meja kerja bergantung kepada ruang yang ada, tetapi ukuran minimum yang disarankan adalah 120 cm. Besar ataupun kecil, anda digalakkan untuk memilih permukaan meja yang matte untuk mengurangkan refleksi cahaya serta selain mempunyai kelebaran yang cukup untuk meletakkan skrin komputer dan papan kekunci buat yang tidak menggunakan komputer riba. Ia supaya dapat menghasilkan postur badan anda yang tepat kala bekerja. Walaupun warna dan material yang natural dapat menzahirkan ketenangan dan konsentrasi, pemilihan warna meja bergantung kepada personaliti dan juga kegemaran anda.   

Koleksi Nudo daripada Sancal menampilkan desain yang serba boleh, dan boleh digunakan sebagai meja kerja ataupun di ruang tamu. Ia menampilkan kemasan natural pada venier oak yang diperkaya, selain 18 pilihan warna kemasan sebagai pilihan sempurna untuk ruang kerja anda. Kerusi boleh laras juga cukup ideal untuk melngkapi ruang kerja untuk menambahkan sentuhan serba boleh. Sancal membariskan seleksi kerusi seperti Magnum, Mullit, Collar, Nido dan Tea yang menampilkan estetika rekaan yang variasi dalam 12 warna pilihan.

Idea Seni Hiasan Dalaman

Selain perabot utama, dekorasi ruang ‘home office’ juga penting disempurnakan dengan aksesori yang dalam memberikan fungsi serta seni hiasan. Jika anda berkongsi ruang bersama ahli keluarga atau rakan serumah, rak susunan sesuai dijadikan sebagai pembahagi yang praktikal. Selain boleh dijadikan rak untuk menyusun buku, majalah dan sebagainya, ia juga dapat memberikan ruang untuk meletakkan aksesori dekorasi yang chic dan menyeronokan.

Dan jika terdapat ruang tambahan, kerusi tangan yang selesa juga mampu memberikan sentuhan yang lebih fleksibel. Ini kerana ia mampu menghasilkan suasana kerja yang berbeza, seperti ketika menjawab panggilan telefon atau menghadiri mesyuarat secara maya. Ruang yang serba boleh ini dapat mengurangkan kebosanan kala bekerja dari rumah, serta mempu menyuntik inspirasi dan efisien.

Koleksi perabot kediaman dan pejabat Sancal x XTRA boleh didapati melalui XTRA Furniture Malaysia yang terletak di The Gardens Mall. Ketika perlaksanaan perintah kawaan pergerakan ini, pengunjung boleh melayari laman web rasmi dan Facebook untuk melihat seleksi perabot kediaman dan aksesori XTRA Furniture.

See also
Tips Tinggikan Aset Hartanah

Foto: Sancal

Baca lebih lanjut: 5 Warna Inspirasi Mediterranean Buat Kediaman Rumah