5 Warna Inspirasi Mediterranean Buat Kediaman Rumah - Glam Malaysia

5 Warna Inspirasi Mediterranean Buat Kediaman Rumah

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Koleksi karbon nuetral pertama Silestone® by Cosentino, Sunlit Days menampilkan lima warna yang menceduk inspirasi daripada keindahan Mediterranean buat dekorasi kediaman rumah.

Jika anda mencari idea dan inspirasi buat kediaman rumah, Silestone® by Cosentino menampilkan lima warna yang menceduk inspirasi daripada keindahan perairan Mediterranean. Peneraju permukaan mineral hibrid global ini memperkenalkan koleksi Sunlit Days yang merupakan koleksi karbon neutral pertama untuk permukaan kuartz dan industri kejuruteraan batu.

Faro White, Cincel Grey, Arcilla Red, Cala Blue dan Posidonia Green bukan hanya warna untuk koleksi Sunlit Days terbaharu ini. Setiap satu mempunyai cerita, pengalaman dan juga ekspresi tersendiri sebagai penghormatan kepada gaya hidup dan esen sebenar penduduk di sekitar Mediterranean.

Berikut adalah lima warna yang menceduk inspirasi perairan Mediterranean buat kediaman rumah:

Faro White

Faro White mewakili ton putih Mediterranean dan keindahan dinding yang disinari dengan pancaran matahari, simbol kesucian, kesederhanaan dan ketenangan. Diinspirasikan daripada rumah api yang menjadi simbol arah buat kapal, warna ini juga mempunyai karakter yang lembut dan tekstur. Faro White adalah him buat kehidupan yang penuh cinta.

Baca lebih lanjut: TIME Iktiraf Desaru Coast Antara 100 Destinasi Terbaik Dunia 2021

See also
Sareng, Himpunan Karya Seni Minimalis