Baru-baru ini Pelikan telah melancarkan koleksi terbaru beg sekolah Herlitz 2016 yang digelar Clever Classmate! Selain menawarkan reka bentuk terbaru yang lebih menarik, Clever Classmate turut mengekalkan ciri-ciri ergonomik iaitu sistem ergoActive yang membolehkan pelarasan tali beg di bahagian bahu, dada dan pinggang mengikut kesesuaian si pemakai.
Pelancaran yang diadakan di Pelikan Store, The Gardens Mall menyaksikan pertunjukkan fesyen mini 8 model di dalam koleksi Clever Classmate iaitu Flexi, Motion, Sporti, Midi, Smart, Children Backpack, Rookie dan Mini Softbag. Majlis pelancaran beg sekolah herlitz Clever Classmate ini dijalankan dengan sokongan penaja utama Kids Around yang menyediakan pakaian berjenama untuk model kanak-kanak, berserta penaja lain Delectable – Designer Cakes & More dan Swift Limousine & Cab.
Antara ciri utama koleksi Clever Classmate ini adalah kelengkapan pemantul cahaya 3M Scotchlite yang membantu penglihatan di waktu gelap selain ruang simpanan yang luas. Bukan itu sahaja, ‘padding’ ergonomik di bahagian belakang juga memastikan pengudaraan yang sempurna dan pembahagian berat yang setara bagi memelihara kesihatan tulang belakang anak anda.
Koleksi Herlitz Clever Classmate 2016 boleh didapati di Pelikan Store, The Gardens Mall dan kedai buku Times bookstores, MPH Bookstores dan Borders yang terpilih.
Artikel Berkaitan
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
OiYO Holiday Pals: Koleksi Ceria Baharu Untuk Si Kecil Aktif...
GLAM Junior: Syed Armand Mateen Cahaya Mata Sulung Afifah Na...
5 Hotel Mewah Mesra Kanak-Kanak Terbaik Di Malaysia
5 Tanda Awal Keguguran Patut Ibu Peka
Elak Mual First Trimester: 5 Makanan Wajib Ada Dalam Beg
Koleksi Stitch x Montigo Edisi Terhad Untuk Peminat Filem An...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.



