Eklektik boleh menjadi sesuatu yang memukau jika dilakukan dengan tepat. Tambahan pula kolaborasi beberapa orang berbeza mengarah sesuatu projek, pelbagai pendapat mampu menjadikan ia sebagai satu gabungan yang unik. Buat Ramesh Seshan dan kumpulannya di Seshan Design, menerima projek kediaman oleh Kapten Lee dan isterinya, Corinna; yakni kediaman yang terletak di pinggir bandar, hasilnya sama ada bakal menjadi sesuatu yang menakjubkan atau menakutkan. Mewakili Seshan dan team, sekumpulan anak muda yang dinamik, sarat dengan idea dan bersemangat untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza. Manakala sebelah pihak lagi, merupakan Kapten Lee, seorang yang punya pendapat sendiri serta telah banyak mengembara ke pelbagai lokasi berbeza dan terinspirasi oleh pelbagai era dan genre. Tetapi pada klimaksnya, gabungan kedua-duanya selari menyahut cabaran untuk berjaya dalam menghasilkan struktur kediaman bergaya industrial yang mengambil inspirasinya merangkumi gaya 70-an kota Hong Kong kepada rekaan Barcelona Pavilion oleh Mies Van De Rohe yang tergabung mesra pada satu binaan.
Kekuatan Kolaborasi
Apabila Seshan mula mengambil alih projek ini, rancangan asalnya sudah tersedia dan Kapten Lee mahukan dia untuk melengkapkan projek dan menyempurnakan hiasan dalaman. “Apabila kami dilantik, struktur kediaman telahpun lengkap – kesemua struktur konkrit, bumbung dan hampir kesemua dinding telah siap. Kami perlu menilai kediaman ini secara keseluruhannya, serta cuba untuk mengurangkan perubahan yang terlalu banyak kecuali jika ia benar-benar perlu untuk mendapatkan sebuah ruang yang berfungsi dengan lebih baik,” terang Seshan. “Kami melihat semula semua ruang, mengubah sedikit dinding pada ruang tertentu, mengerjakan semula sistem pendawaian dan elektrik termasuk susun atur elemen pencahayaan, memperincikan semula kamar kecil, juga mencadangkan elemen tambahan seperti selusur, skrin, panel, lampu rekaan khas dan beberapa bahan seni bina lain.”

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
