fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Galeri Deko – Ringkas dan Klasik Gaya Rozel
Kediaman – Eklektik Drama
Titip Idea Dekorasi Segar Sempena kehidupan Baharu
10 Muzium Seni Wajib Dikunjungi
Palet-Trivia Warna Coklat Karamel

Diari Deko – Raikan Syawal dengan Pesona Maghribi

Jalinan kolaborasi seni kali kedua antara jenama gaya hidup dan wanita, Avon bersama pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim mempersembahkan koleksi penuh set dekor raya, Qalea. Berinspirasikan kebudayaan dan kesenian kota Maghribi, Qalea merangkumi rangkaian menawan termasuk langsir, set linen kamar beradu, set pinggan mangkuk dan aksesori perhiasan seperti teko, tangine, pouf dan bekas kuih.

 

Rekaan corak Qalea mengadaptasi corak pelbagai jenis jubin klasik yang boleh dilihat di souk (bazaar) sekitar Marrakech. Corak bungaan geometri diadun unik dalam spektrum warna biru cerulean, biru gelap, merah delima dan ungu manggis.

 

“Saya mencintai kemeriahan rona, budaya dan ekspresi hiasan Morocco, jadi mengimbangi eksotikanya dengan sentuhan moden menjadi cabaran yang mengujakan. Paduan flora geometri serta palet warna mewah adalah trend terbesar 2018. Qalea memberi penataan elegante de la maison yang tersendiri. This is THE collection of the year," jelas Datuk Rizalman.

 

Koleksi Qalea boleh didapati di seluruh pengedar sah Avon bermula 16 April serentak jualan dalam talian Avon atau pengedar sah Avon seluruh Malaysia.

 

Slide untuk lihat gambar :-

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse